Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal Tangki Jadi Mangsa Serangan Dron Israel Di Perairan Syria

Laporan daripada media tempatan mengatakan letupan itu berlaku ketika kerja-kerja penyelenggaran di atas kapal tangki terbabit, manakala terdapat juga laporan mengatakan letupan berpunca daripada serangan dron oleh tentera Israel.

0 1,491

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Letupan dilaporkan berlaku di atas sebuah kapal tangki milik Iran yang sedang berlabuh di kawasan pesisir pantai di Baniyas, Syria hari ini.

Laporan daripada media tempatan mengatakan letupan itu berlaku ketika kerja-kerja penyelenggaran di atas kapal tangki terbabit, manakala terdapat juga laporan mengatakan letupan berpunca daripada serangan dron oleh tentera Israel.

Bagaimanapun kejadian letupan hari ini itu tidak menyebabkan sebarang kematian dan kebakaran di atas kapal tangka itu telah pun berjaya dipadamkan.

Pemerhati pertahanan berkata kemungkinan besar kapal tangka yang dikenali dengan nama “Wisdom” yang berdaftar di Panama tetapi membawa minyak Iran telah diserang oleh dron milik Tentera Udara Israel.

Jika benar bahawa kapal “Wisdom” menjadi sasaran dron Israel hari ini, maka ia adalah kejadian kedua selepas kejadian pertama pada 21 April lepas dimana ia juga telah diserang oleh dron Israel di luar pantai Baniyas.

Syria

Bulan lepas, Kementerian Minyak Syria mengesahkan “Wisdom”” yang sedang berlabuh di kawasan pesisir pantai Baniyas telah diserang oleh dron tentera Israel.

Serangan dron oleh tentera Israel itu telah menyebabkan kebakaran terhadap kapal tangki terbabit.

Menurut pihak Syria, dron yang bertanggungjawab melancarkan serangan terhadap kapal tangki di Baniyas pada bulan lepas itu datang daripada arah Lubnan.

Dan pada hari ini juga, loji penapisan minyak di Homs juga telah mengalami kebakaran besar,

Baniyas menempatkan loji penapisan minyak, yang bersama-sama Homs membekalkan sebahagian besar daripada keperluan minyak diesel, gasoline dan produk petroleum yang lain kepada penduduk Syria.

Kedua-dua kejadian pada hari ini dan bulan lepas berlaku ketika Iran dan Israel saling mensasarkan kapal-kapal tangki dan dagang masing-masing dengan serangan menggunakan pasukan komando atau Kor Pengawal Revolusi Iran.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...