Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal Selam Type 218 Singapura Terbakar?

Laporan oleh media Jerman “Kieler Nachrichten”, itu mendakwa kira-kira 30 krew yang terlibat dalam kerja-kerja pembinaan kapal selam itu berada dalam keadaan bahaya akibat kebakaran terbabit.

0 1,804

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Terdapat laporan di beberapa agensi media Jerman mendakwa insiden kebakaran telah berlaku di dalam salah sebuah kapal selam Type 218 yang sedang dibina untuk Tentera Laut Singapura di Kiel, Jerman.

Laporan oleh media Jerman “Kieler Nachrichten” mendakwa kira-kira 30 krew yang terlibat dalam kerja-kerja pembinaan kapal selam itu berada dalam keadaan bahaya akibat kebakaran terbabit.

Type 218

Kebakaran di kapal selam itu dikatakan berlaku ketika kapal selam terbabit sedang menjalani ujian pelayaran di kawasan pelabuhan di Kiel itu, di mana terletaknya limbungan kapal syarikat pembuat kapal selam Singapura itu.

Tidak banyak maklumat lain berkenaan insiden berkenaan.

Bagaimanapun jika benar insiden kebakaran itu berlaku, maka tempoh masa penghantaran kapal selam yang pertama daripada empat buah dipesan daripada Jerman sudah pasti akan dilanjutkan.

Singapura dijangka menerima kapal selam pertama miliknya “RSS Invincible” yang dibina oleh syarikat Jerman, Thyssenkrupp Marine Systems Shipyard (TKMS) pada tahun ini, manakala kapal selam kedua “RSS Impeccable” pada tahun hadapan.

Ia adalah kapal selam termoden di Asia Tenggara apabila ia memulakan operasi kelak.

Berkemungkinan besar, kebakaran itu berlaku di dalam kapal selam “RSS Invincible” yang sepatutnya diserahkan kepada Tentera Laut Singapura pada tahun ini.

Type 218

Dua buah kapal selam lain “Illustrious” dan “Inimitable” juga sedang dibina dan kesemuanya dijangka memasuki perkhidmatan tentera laut Singapura pada 2024.

Apa yang menarik tentang kapal selam terbaru Tentera Laut Singapura ini adalah ia direkabentuk khas untuk membolehkan ia beroperasi dengan penuh berkesan di laut-laut yang cetek dan sibuk dengan kapal, sebagaimana yang terdapat di perairan di sekitar rantau Asia Tenggara yang sememangnya sibuk sebagai laluan maritim perdagangan.

“Antara ciri-ciri utama rekabentuk kapal selam terbaru Singapura ini adalah kemampuannya untuk melaksanakan misi pasukan khas,” menurut pakar kapal selam, H I Sutton di dalam portal berita pertahanan, Navalnews.com

Beliau merujuk kepada sistem Horizontal Multi Purpose Airlock yang boleh melancarkan torpedo, penyelam dan pasukan-pasukan komando.

Kapal selam Singapura itu juga dikatanya mempunyai opsyen untuk dilengkapkan dengan Vertical  Multi Purpose Airlock bagi melancarkan peluru berpandu secara menegak.

Type 218

Kesemua kapal selam terbaru Singapura itu mempunyai berat 2,200 tan (apabila di bawah permukaan) dan kelajuan 15 knot.

Ia memiliki panjang 70 meter dan lebar lebih 6 meter.

Kapal selam Singapura ini memiliki lapan corong torpedo yang bukan sahaja boleh melancarkan torpedo berkaliber 533mm tetapi juga peluru berpandu anti kapal.

Ia juga akan dilengkapi dengan Air Independent Propulsion (AIP) menggunakan teknologi Fuel Cell yang membolehkan kapal selam itu menyelam 50 peratus lebih lama berbanding kapal-kapal selam yang lain.

Sistem kombatnya pula direkabentuk oleh Atlas Elektronik dan ST Elektronics.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

 

Comments
Loading...