Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“DCS”, Kapal Selam Mini Untuk Kegunaan Pasukan Khas Amerika Syarikat

Secara amnya, kenderaan bawah permukaan air seperti "Dry Combat Submersible" (DCS) memberikan pasukan khas negara sesebuah negara kemampuan untuk menyelam ke kawasan pantai musuh secara rahsia untuk melancarkan serangan atau melaksanakan operasi subversif. Kemampuan sebegitu penting untuk membolehkan pasukan-pasukan khas melancarkan pelbagai operasi, terutamanya di belakang garisan musuh atau di lokasi-lokasi yang sensitif

0 3,122

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pasukan khas Amerika Syarikat terutamanya SEAL bakal menggunakan kapal selam mini yang baru dipanggil “Dry Combat Submersible” atau DCS untuk mengangkut anggotanya ke kawasan operasi sebelum akhir bulan ini.

Pegawai-pegawai kanan United States Special Operations Command (USSOCOM) berkata DCS akan menggantikan kenderaan bawah laut yang digunakan oleh anggota sebelum ini dikenali sebagai SEAL Delivery Vehicle (SDV).

Tidak banyak maklumat diketahui tentang kenderaan bawah permukaan pasukan khas Amerika Syarikat yang baru ini, cuma ia dianggarkan memiliki berat keseluruhan 10 tan dan 39 kaki serta berkemampuan membawa sehingga lapan orang anggota komando, tidak termasuk krew kenderaan itu.DCS

Jarak operasinya dipercayai sehingga 66 Batu Nautika (122km) pada kelajuan lima knot (9.2km sejam) dan menggunakan kuasa elektrik untuk memacunya.

Kenderaan bawah permukaan pasukan khas Amerika Syarikat itu dipercayai boleh menyelam sedalam 100 meter ketika melaksanakan operasi serta membawa 1 tan kargo.

Antara kelebihan utama DCS berbanding SDV adalah kenderaan bawah permukaan air yang baru ini mengangkut anggota di dalam keadaan mereka kering kerena mereka sepanjang masa berada di dalam  kenderaan itu manakala bagi SDV, anggota terdedah kepada elemen air laut itu sendiri.

Secara amnya, kenderaan bawah permukaan air seperti DCS memberikan pasukan khas negara itu terutamanya SEAL kemudahan untuk menyelam ke kawasan pantai musuh secara rahsia untuk melancarkan serangan atau operasi subversif.

Kemampuan sebegitu adalah amat penting untuk membolehkan pasukan-pasukan khas itu melancarkan pelbagai operasi, terutamanya di belakang garisan musuh atau di lokasi-lokasi yang sensitive.

Ini termasuklah operasi yang keseluruhannya dilaksanakan di bawah permukaan air, seperti menyelinap masuk ke dalam kawasan pelabuhan untuk meletakkan periuk api atau untuk mensabotaj kapal-kapal musuh serta infrastruktur atau sekadar untuk tujuan perisikan.

DCS
Kapal selam mini atau DCS akan menggantikan SDV (SEAL Delivery Vehicle) yang digunakan oleh anggota pasukan khas Amerika sebelum ini.

 

Pasukan Sea, Air, Land (SEAL) Amerika Syarikat atau lebih dikenali  sebagai Navy SEAL adalah pasukan operasi khas utama Tentera Laut Amerika Syarikat. 

Presiden Amerika Syarikat John F. Kennedy disebut-sebut sebagai mempunyai peranan penting dalam pembentukan pasukan khas SEAL, walaupun idea tentang penubuhan pasukan ini telah lama berakar.

Beliau menyedari tentang betapa perlunya peperangan non-konvensional dan operasi khusus untuk menentang gerila.

Bermula daripada 25 Mei 1961, pasukan khas SEAL mula bergerak aktif  dalam melaksanakan misi-misi khusus mulai aktif, dengan misi terawalnya adalah terhadap kerajaan komunis Cuba, salah sebuah negara sekutu paling rapat Kesatuan Soviet pada ketika itu. — DSA

APPPS

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...