Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Britain Rungsing Kehadiran Kapal Selam Russia Di Beberapa “Laluan Pelik” Berhampirannya

Kenyataan oleh Setiausaha Pertahanan Britain itu seolah-olah menyambut kenyataan pegawai-pegawai kanan tentera Amerika Syarikat sebelum ini di mana mereka menyatakan terdapat peningkatan mendadak dalam “kemunculan” kapal-kapal selam berkuasa nuklear Russia di perairan luar pantai negara kuasa besar itu.

0 4,614

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sejak beberapa bulan lepas, Kementerian Pertahanan United Kingdom “rungsing” selepas ia berjaya menjejaki pergerakan beberapa buah kapal selam berkuasa nuklear Russia di perairan berhampirannya menggunakan apa yang disifatkan mereka sebagai laluan-laluan dasar laut yang “pelik” dan tidak pernah digunakan oleh kapal-kapal selam terbabit sebelum ini.

Setiausaha Pertahanannya Ben Wallace berkata kapal-kapal selam Russia itu telah dikesan beroperasi di perairan Atlantik Utara dan Laut Irish (Irish Sea) serta Laut Utara (North Sea).

“Pihak United Kingdom telah mengesan kehadiran kapal-kapal selam Russia di Atlantik Utara dan Laut Irish serta Laut Utara. Mereka (kapal-kapal selam Russia) menggunakan laluan-laluan (kapal selam) yang pelik yang tidak pernah dilalui mereka sebelum ini,” kata beliau kepada pemberita di Washington ketika melakukan lawatan di Amerika Syarikat.

Kapal Selam
India turut menghadiahkan sebuah kapal selam jenis Kilo buatan Russia kepada Myanmar Mac tahun lepas.

 

Negara-negara anggota NATO telah menyuarakan kebimbangan tentang kemampuan armada kapal selam milik Russia, dengan seorang pakar ketenteraan menggambarkan bahawa ia (kapal selam Russia) adalah satu-satunya cabaran kritikal yang perlu dihadapi oleh tentera Amerika Syarikat dan negara pakatan ketenteraan itu.

Kenyataan oleh Setiausaha Pertahanan Britain itu seolah-olah menyambut kenyataan pegawai-pegawai kanan tentera Amerika Syarikat sebelum ini di mana mereka menyatakan terdapat peningkatan mendadak dalam “kemunculan” kapal-kapal selam berkuasa nuklear Russia di perairan luar pantai negara kuasa besar itu.

Media-media Russia pula melaporkan awal tahun ini bahawa Moscow bakal menubuhkan ketumbukan baru di Armada Pasifik seawal tahun depan yang  terdiri daripada kapal-kapal selam yang dilengkapi dengan torpedo dilengkapi kepala peledak nuklear dipanggil “Poseidon.”

Moscow dilihat telah berterusan membangunkan kemampuan kapal selamnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Dengan 58 buah kapal selam dimiliknya, kemampuan bawah permukaan Russia diperakui adalah antara kekuatan utama ketenteraannya pada ketika ini.

Pyotr Velikiy
Kapal kruiser “Pyotr Velikiy” sedang mengiringi sebuah kapal selam Russia.

 

Baru-baru ini, Armada Pasifik Tentera Laut Russia telah memulakan latihan laut besar-besar, yang disertai oleh 25,000 anggota tentera, 89 pesawat dan 12 buah kapal selam.

Penganalisa tentera menggambarkan “pergerakan” kapal-kapal selam milik tentera Russia kebelakangan ini sebagai mengimbau kembali ketika di era Soviet Union pada Perang Dingin di antara blok negara-negara Demokratik dan negara-negara Komunis.

Pada 2021 Setiausaha Pertahanan United Kingdom memberitahu media Britain bahawa kapal-kapal selam Russia telah “mengepung” kawasan pesisir pantai negara itu.

Beliau juga menggelar Moscow sebagai “musuh nombor 1” Britain. — DSA

Northumberland
Kapal selam kelas-Yasen terbaru Tentera Laut Russia iaitu “Kazan”

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...