Kapal Perang Turkiye Bakal Melawat Pakistan Ketika Islamabad-New Delhi Diambang Peperangan
Sudah pasti kehadiran kapal perang Turkiye di Pakistan itu pada ketika ini akan mencetuskan rasa curiga pada pihak India, yang berkemungkinan menyangka bahawa Ankara akan membantu Islamabad daripada segi ketenteraan sekiranya konflik bersenjata dengan New Delhi meletus.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah kapal perang Tentera Laut Turkiye, TCG Buyukada akan melakukan persinggahan di Karachi pada 4 Mei sehingga 7 Mei, ketika Pakistan dan negara jirannya, India berada di ambang peperangan akibat insiden di Pahalgam di Jammu dan Kashmir yang mengorbankan 26 orang.
Kehadiran kapal perang Turkiye di Pakistan itu dijangka akan meningkatkan lagi ketegangan di antara kedua-dua negara, memandangkan negara Mediterranean itu merupakan antara penyokong kuat Pakistan dan antara negara pembekal senjata utama kepada Islamabad.
Sudah pasti kehadiran kapal perang Turkiye di Pakistan itu pada ketika ini akan mencetuskan rasa curiga pada pihak India, yang berkemungkinan menyangka bahawa Ankara akan membantu Islamabad daripada segi ketenteraan sekiranya konflik bersenjata dengan New Delhi meletus.
Menurut penasihat perhubungan awam dan media Kementerian Pertahanan Kebangsaan Turkiye Laksamana Zeki Akturk berkata kapal perang TCG Buyukada yang akan menyertai LIMA 2025 di Langkawi akan melakukan persinggahan di Oman dan Pakistan.
“Di samping melaksanakan pelbagai operasi dan tugas, Angkatan Tentera Turkiye terus menjalankan aktiviti latihan dan eksesais tanpa henti bagi memperkukuh keupayaan serta daya cegah mereka, selain meningkatkan tahap kemahiran anggota tenteranya.”
TCG Büyükada (F-512) merupakan kapal kedua dalam kelas korvet anti-kapal selam (ASW) Ada milik Tentera Laut Turkiye.
Kapal ini dinamakan sempena Pulau Büyükada, yang merupakan sebahagian daripada gugusan Kepulauan Prince di Laut Marmara, terletak di tenggara bandaraya Istanbul.

Direka, dibangunkan dan dibina oleh Limbungan Kapal Tentera Laut Tuzla (Istanbul) sebagai sebahagian daripada projek MILGEM, kapal ini mula dibina pada 22 Januari 2008, dilancarkan pada 27 September 2011, dan ditauliahkan ke dalam perkhidmatan pada 27 September 2013.
Beberapa hari lalu, ketibaan sebuah pesawat pengangkut C-130E milik tentera Turkiye di Pakistan telah mencetuskan spekulasi bahawa salah satu sekutu terdekat Islamabad mungkin telah melakukan penghantaran senjata secara tiba-tiba ke negara itu.
Beberapa laporan yang tersebar di media sosial mendakwa bahawa pesawat C-130E Hercules milik Turkiye telah mendarat di Karachi, dipercayai membawa peralatan ketenteraan.
Dakwaan tersebut berpandukan data penjejakan penerbangan yang diperoleh daripada sumber risikan terbuka (OSINT), dengan pesawat itu dilihat terbang merentasi Laut Arab pada 28 April lalu.
Malah, beberapa laporan media India mendakwa bahawa bukan satu, tetapi enam buah pesawat C-130E milik Turkiye telah mendarat di Pakistan, sekali gus mencetuskan gelombang spekulasi di platform X, dengan pelbagai pihak termasuk akademik India, penganalisis ketenteraan, pakar geopolitik dan warganet menyuarakan kebimbangan terhadap perkembangan tersebut.
Bagaimanapun, dakwaan tersebut telah dinafikan oleh Direktorat Komunikasi di bawah Pejabat Presiden Turkiye.

“Sebuah pesawat kargo dari Turkiye telah mendarat di Pakistan untuk tujuan mengisi minyak sebelum meneruskan penerbangannya ke destinasi seterusnya. Berita bersifat spekulatif yang tidak bersumberkan kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa atau institusi berkaitan tidak wajar dipercayai,” menurut kenyataan itu.
Pakistan merupakan antara negara utama yang menjalin hubungan erat dalam bidang pertahanan dengan Turkiye, khususnya dalam urusan pembelian dan kerjasama pembangunan sistem senjata moden.
Antara senjata buatan Turkiye diperolehi Pakistan termasuklah empat buah korvet kelas MILGEM yang dikenali sebagai Babur-class corvettes dalam Tentera Laut Pakistan.
Kapal-kapal ini dibina melalui kerjasama antara STM Turkiye dan Karachi Shipyard & Engineering Works (KS&EW), dengan dua daripadanya dibina di Turkiye dan dua lagi di Pakistan.
Turkiye dan Pakistan turut bekerjasama dalam pembangunan pesawat pejuang generasi kelima, TAI TF Kaan, dengan rancangan untuk menubuhkan kilang bersama di Pakistan
Selain itu, Tentera Udara Pakistan (PAF) turut mengoperasikan UCAV Bayraktar TB2 buatan Turkiye.

Penggunaan dron ini telah disahkan melalui imej satelit yang menunjukkan kehadirannya di Pangkalan Udara PAF Murid pada April 2022, lengkap dengan stesen kawalan darat dan peralatan sokongan, menandakan penerimaan sekurang-kurangnya dua hingga enam unit TB2 oleh PAF.
Pada September 2022, Bayraktar TB2 telah ditampilkan dalam latihan pertahanan udara PAF, mengesahkan integrasinya ke dalam operasi ketenteraan Pakistan .
Dron ini juga telah dilengkapi dengan peluru berpandu berpandu laser BARQ buatan tempatan dan munisi pintar MAM-L dari Turkiye, memperluaskan keupayaan serangannya
Pada September 2022, Bayraktar TB2 telah ditampilkan dalam latihan pertahanan udara PAF, mengesahkan integrasinya ke dalam operasi ketenteraan Pakistan .
Dron ini juga telah dilengkapi dengan peluru berpandu berpandu laser BARQ buatan tempatan dan munisi pintar MAM-L dari Turkiye, memperluaskan keupayaan serangannya .
Integrasi Bayraktar TB2 ke dalam rangkaian pertahanan udara Pakistan menunjukkan peranan pentingnya dalam misi pengawasan dan serangan tepat, memberikan PAF kelebihan strategik dalam operasi ketenteraan moden
Pakistan dan Turkiye menjalin hubungan yang amat rapat serta strategik dalam pelbagai bidang sejak sekian lama, berlandaskan ikatan agama, sejarah dan kepentingan geopolitik yang serupa.

Hubungan ini semakin kukuh menerusi kerjasama ketenteraan, ekonomi dan diplomatik yang semakin mendalam, dengan Turkiye sering tampil sebagai sekutu paling tegar Pakistan di peringkat antarabangsa, termasuk menyatakan sokongan terbuka terhadap pendirian Islamabad dalam isu Kashmir—sesuatu yang tidak disenangi oleh India.
Gabungan kerjasama ketenteraan, latihan bersama, pertukaran maklumat risikan dan semangat solidariti sesama negara Islam yang dikongsi kedua-dua negara ini menarik perhatian serius India, yang melihat pakatan Pakistan-Turkiye sebagai percubaan untuk mengepung kepentingannya di rantau ini.
Beberapa hari lalu, delegasi peringkat tinggi yang diketuai oleh Leftenan Jeneral Yasar Kadioglu, Ketua Perisikan Angkatan Tentera Turkiye, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Turus Tentera Udara Pakistan, Marsyal Udara Zaheer Ahmed Baber Sidhu, semasa lawatan mereka ke Ibu Pejabat Tentera Udara di Islamabad.
Bagi New Delhi, hubungan yang semakin erat antara Pakistan dan Turkiye—ditambah pula dengan sikap Ankara yang selari dengan Beijing serta kritikal terhadap dasar-dasar dalaman India—dianggap sebagai satu cabaran kepada kedudukan strategik India di Asia Selatan dan potensi gangguan terhadap keseimbangan kuasa di rantau Islam secara keseluruhan.
— DEFENCE SECURITY ASIA