Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Pertembungan” 20 Buah Kapal Perang China-Taiwan Di Selat Taiwan

Kementerian Pertahanan Taiwan melaporkan mereka mengesan 70 buah pesawat China termasuk pesawat pejuang Su-30 dan pesawat pengebom H-6 serta 11 buah kapal perang negara itu di sekelilling pulau itu pada ketika ini. Menurut laporan, Taiwan telah "dikepung" oleh kapal-kapal perang serta pesawat kombat China.

0 3,702

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Laporan media antarabangsa mengatakan bahawa pada ketika ini sedang berlaku “pertembungan” (standoff) yang tegang di antara 10 buah kapal perang China dengan 10 buah kapal tentera laut Taiwan garisan tengah (median line) Selat Taiwan.

Menurut agensi berita Reuters, pertembungan di antara kapal-kapal perang China dan Taiwan itu berlaku di garisan tengah (median line) Selat Taiwan yang menjadi zon penampan (buffer zone) di antara kedua-dua negara.

Pertembungan di antara kapal-kapal perang kedua-dua negara itu hanya meningkatkan lagi ketegangan yang kini hampir mencapai ke peringkat “mendidih”, berpunca daripada lawatan Presiden Taiwan ke Amerika Syarikat.

Taiwan

Marah kerana Presiden Taiwan itu melakukan lawatan ke Amerika Syarikat, China melancarkan beberapa siri latihan tentera yang digelar “simulasi serangan tepat” bermula daripada semalam di sekeliling pulau itu.

Latihan-latihan perang itu bermula semalam selepas Presiden Tsai Ing-wen pulang daripada lawatannya ke Amerika Syarikat.

Ketika di Amerika Syarikat, Presiden Taiwan itu telah berjumpa dengan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat Kevin McCarthy.

Beijing masih menganggap Taiwan sebagai sebahagian daripada wilayah miliknya dan berikrar untuk “mengembalikan” pula itu kepada China sama ada menerusi pelbagai cara termasuk peperangan.

Hari ini, Kementerian Pertahanan Taiwan melaporkan bahawa mereka mengesan 70 buah pesawat China termasuk pesawat pejuang Su-30 dan pesawat pengebom H-6 serta 11 buah kapal perang negara itu di sekelilling pulau itu.

Taiwan
Kapal destroyer kelas-Kee Lung milik Tentera Laut Taiwan.

 

Menurut laporan, pada ketika ini Taiwan telah “dikepung” oleh kapal-kapal perang serta pesawat kombat China.

Sumber-sumber turut memberitahu media antarabangsa bahawa China turut melaksanakan simulasi serangan terhadap sasaran-sasaran milik asing di bahagian barat Taiwan.

Ia bagaimanapun enggan mendedahkan lebih lanjut tentang “sasaran asing.”

Salah sebuah kapal pengangkut pesawat China, Shandong turut digerakkan untuk memberikan tekanan kepada Taiwan.

Pihak Kementerian Pertahanan Taiwan mengesan kapal pengangkut pesawat itu kini berada kira-kira 400 batu daripada perairan di selatanTaiwan untuk mengadakan latihan simulasi serangan menggunakan pesawat-pesawat pejuang dibawanya.

F-16V
Pesawat pejuang F-16V Tentera Udara Taiwan

 

Kementerian Pertahanan Taiwan juga menyatakan bahawa ia memberikan fokus khas terhadap Pasukan Roket, Tentera Darat China yang bertanggungjawab terhadap keseluruhan kekuatan sistem peluru berpandu darat-ke-darat miliknya.

“Mengenai pergerakan pasukan roket tentera darat China, angkatan tentera Taiwan mempunyai maklumat secukupnya berkenaan pergerakan mereka hasil daripada usaha perisikan bersama kesemua cabang angkatan tentera yang berada di tahap berjaga-jaga paling tinggi ketika ini,” kata jurucakap kementerian itu. — DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...