Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal Perang Jepun, Taiwan “Bergabung” Untuk “Shadow” Kapal Friget Type 054A China

Kapal perang Jepun daripada jenis destroyer kelas-Abukuma sambil dibantu oleh pesawat peronda maritim, Kawasaki P-1 dan Lockheed P-3 Orion telah dikerah untuk memerhati kapal perang China itu yang belayar di  Laut China Timur (East China Sea).

0 2,689

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal-kapal perang Jepun dan Taiwan “bergabung” untuk mengekori sebuah kapal friget tentera laut China jenis Type 054A (NATO codename Jiangkai) yang belayar hampir di kawasan perairan negara masing-masing.

Kapal perang Jepun daripada jenis destroyer escort kelas-Abukuma sambil dibantu oleh pesawat peronda maritim, Kawasaki P-1 dan Lockheed P-3 Orion telah dikerah untuk memerhati kapal perang China itu yang belayar di  Laut China Timur (East China Sea).

Tentera Laut Jepun (Japan Maritime Self Defense Force) memiliki enam buah kapal perang kelas-Abukuma yang sebenarnya lebih kepada kapal friget kerana beratnya yang hanya kira-kira 2,500 tonnes (full load).

Sementara di kawasan perairan Taiwan pula, negara pulau itu mengerahkan sebuah kapal destroyer daripada jenis Kee Lung untuk “shadow” kapal perang China itu.

Kapal destroyer kelas-Kee Lung itu adalah bekas kapal destroyer kelas-Kidd yang ditamatkan perkhidmatan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat pada 1989 sebelum dijual kepada Taiwan.

Taiwan

Tentera Laut Taiwan memiliki empat buah kapal destroyer kelas-Kidd, yang kini dipanggil kelas-Kee Lung.

Imej-imej satelit menunjukkan kapal friget China itu berada kira-kira 125km daripada Keelung City, Taiwan dan 132km daripada Pulau Yonaguni, Jepun serta hanya 62km daripada Kepulauan Senkaku milik Jepun tetapi pemilikannya turut dituntut sama oleh Beijing.

Kepulauan Senkaku itu diduduki oleh Jepun tetapi Beijing yang memanggilnya “Diaoyutai” mengatakan ia adalah pemilik sebenar pulau itu.

Kementerian Pertahanan Jepun turut mengeluarkan kenyataan tentang kehadiran kapal perang China itu berhampiran Kepulauan Senkaku itu.

China
Gambar kapal friget China jenis Type 054A “Jiangkai” dirakam oleh pesawat MPA Jepun.

 

Menurut Menteri Pertahanan Taiwan Chiu Kuo-cheng, tentera negara itu menyedari pergerakan terbaru kapal musuh berhampiran kawasan Keelung dan sentiasa menghantar kapal-kapalnya atau aset lain untuk mengawasi pergerakan musuh.

Beliau juga menambah bahawa ia tidak akan memaklumkan negara manakah ia bekerjasama didalam soal keselamatan tetapi akan akan melakukan “apa yang perlu” dalam mempertahankan keselamatan Taiwan.

Kerjasama di antara Jepun dan Taiwan itu walaupun tidak diumumkan secara terbuka, tetapi ia adalah jelas kerana kedua-duanya adalah negara sekutu Amerika Syarikat, yang secara terbuka menentang sikap agresif Beijing di rantau Indo-Pasifik.

Taiwan
Kapal destroyer kelas-Kee Lung milik Tentera Laut Taiwan.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...