Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal Dagang Israel Rosak Dipercayai Di Bedil Peluru Berpandu Iran

Ia adalah kapal kargo milik Israel kedua yang menjadi mangsa tembakan peluru berpandu tentera laut Iran selepas kejadian yang menimpa kapal kargo “Helios Ray” yang dimiliki oleh billionair Israel, Rami Ungar pada Februari lepas.

0 3,849

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah kapal kontena milik Israel mengalami kerosakan selepas ia ditembak dengan peluru berpandu yang dipercayai dilancarkan oleh bot-bot tentera Iran ketika belayar di Teluk Oman semalam.

Ketika terkena peluru berpandu itu, kapal yang dikenali dengan nama “Lori” sedang dalam pelayaran dari India ke Tanzania.

Kapal
Kesan kerosakan di kapal Israel “Lori” akibat serangan peluru berpandu Iran.

Kapal kontena itu dimiliki oleh syarikat XT Shipping, dimiliki hartawan perkapalan Israel, Udi Angel dan berdaftar di Liberia.

Ia adalah kapal kontena/komersial milik Israel kedua yang menjadi mangsa tembakan peluru berpandu tentera laut Iran selepas kejadian yang menimpa kapal kargo “Helios Ray” yang dimiliki oleh billionair Israel, Rami Ungar pada Februari lepas.

Rami Ungar merupakan kenalan rapat kepada Yossi Cohen, ketua agensi perisikan Israel, Mossad.

Pihak keselamatan Israel percaya serangan terhadap kapal “Lori” milik hartawan Israel semalam itu adalah tindak balas ke atas serangan Israel terhadap kapal dagang milik Iran yang sedang belayar di luar pantai Syria baru-baru ini.

Kapal milik syarikat perkapalan kebangsaan Iran, “Shahr-e-Khodr” dipercayai telah diserang oleh pasukan keselamatan Israel ketika sedang belayar di dalam pesisir pantai Baniyas, Syria.

Ketika kejadian, kapal dagang terbabit yang dibina pada 2012 sedang pelayaran daripda Rajaei, Iran ke Latakia di Syria.

Kapal Israel
Kesan kerosakan di kapal Israel “Lori” akibat serangan peluru berpandu Iran.

Kapal kargo itu dimiliki oleh Islamic Republic of Iran Shipping Lines.

Terdapat spekulasi bahawa kapal kargo Iran itu berkemungkinan sedang memindahkan “peluru berpandu ballistic atau senjata” yang dibekalkan oleh angkatan tentera Iran kepada Syria atau kumpulan-kumpulan bersenjata yang disokong oleh Kor Pengawal Revolusi Iran.

Sementara itu, laporan media mengatakan, sejak Oktober 2019, pihak tentera laut Israel telah mensasarkan kira-kira 12 buah kapal tangka milik Iran membawa muatan minyak daripada Iran ke Syria, menurut pegawai-pegawai perisikan Amerika Syarikat.

Dalam laporan yang disediakan oleh Wall Street Journal,  Israel didakwa bimbang hasil daripada penjualan minyak itu akan digunakan untuk membiayai aktiviti ekstremis di Timur Tengah dan kawasan-kawasan lain di rantau terbabit.

Serangan terhadap kapal Iran “Shahr-e-Khodr” di luar pantai Syria itu berlaku berlaku tidak lama selepas sebuah kapal kargo milik Israel “Helios Ray” mengalami kerosakan akibat terkena peluru berpandu dilancar oleh tentera Iran ketika sedang belayar di Teluk Oman.

Disebabkan letupan itu, kapal “Helios Ray” yang dimiliki oleh billionair perkapalan Israel, Rami Ungar, 73, gagal meneruskan pelayaran mereka dan terpaksa berpatah balik ke Pelabuhan Dubai untuk tujuan memperbaiki kerosakan.

Helios Ray
Kapal kargo milik Israel, “Helios Ray” rosak selepas terkena letupan di Teluk Oman.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...