Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

20 Pesawat Pejuang China Ceroboh Zon Pertahanan Udara (ADIZ) Taiwan

Kehadiran begitu banyak pesawat pejuang China itu adalah untuk mengadakan latihan simulasi serangan terhadap kapal-kapal perang Amerika Syarikat yang belayar di Selat Bashi yang memisahkan Taiwan dengan Filipina.

0 1,794

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebanyak 20 buah pesawat pejuang China menceroboh zon pertahanan udara (ADIZ) Taiwan hari ini, sekaligus mencatat rekod sebagai pencerobohan paling banyak pesawat-pesawat oleh negara Tembok Besar terhadap negara pulau itu.

Ia juga menandakan peningkatan mendadak ketegangan antara kedua-dua negara itu yang hanya dipisahkan oleh Selat Taiwan.

ADIZ

Pencerobohan itu berlaku sejurus selepas Taiwan dan Amerika Syarikat menandatangani perjanjian kerjasama dalam bidang maritim.

Kementerian Pertahanan Taiwan dalam satu kenyataan berkata, tentera udara negara itu mengerahkan peluru-peluru berpandu pertahanan udaranya untuk mengawasi pencerobohan pesawat-pesawat pejuang China di ADIZ negara itu.

Ia juga berkata pesawat-pesawat pejuang Taiwan telah dikerah ke lokasi pencerobohan dan memberi amaran kepada pesawat-pesawat pejuang China menerusi radio.

Taiwan berkata di antara 20 pesawat pejuang China yang dikesan menceroboh ADIZ Taiwan termasuklah empat buah pesawat pengebom H-6K yang mampu membawa senjata nuklear, 10 buah pesawat pejuang Shenyang J-16, dua buah pesawat J-10, dua Y-8 pesawat anti-peperangan anti kapal selam, sebuah pesawat amaran awal KJ-500 dan sebuah pesawat Y-8 tactical reconnaissance.

ADIZ

“Pencerobohan sebegitu banyak pesawat pejuang China adalah sesuatu pelik,” kata Kementerian Pertahananya dan menambah, pencerobohan itu berlaku ketika tentera udara Taiwan menggantung penerbangan pesawat-pesawat pejuang selepas dua pesawat tentera udaranya terhempas baru-baru ini.

Pihak penganalisis pertahanan percaya kehadiran begitu banyak pesawat pejuang China itu adalah untuk mengadakan latihan simulasi serangan terhadap kapal-kapal perang Amerika Syarikat yang belayar di Selat Bashi yang memisahkan Taiwan dengan Filipina.

China mendakwa Taiwan adalah sebahagian daripada wilayah miliknya dan telah meningkatkan aktiviti ketenteraan bagi merampas kembali negara pulau itu daripada pemimpin-pemimpin pro-demokrasi Taiwan.

Pencerobohan paling banyak pesawat-pesawat China yang pernah direkodkan sebelum ini adalah pada Sept tahun lepas apabila sebanyak 18 buah pesawat negara Komunis negara itu menceroboh ADIZ Taiwan.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...