Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal-Kapal China Cuba Lakukan “Sabotaj Ekonomi” Terhadap Malaysia?

Pemerhati OSINT (Open Source Intelligence) Laut China Selatan mengesan kapal penyelidik China, "Da Yang Hao" dan kapal pengawal pantai negara itu berada hanya di antara 12 hingga 20 Batu Nautika daripada Ultra Deepwater Drillship "West Capella" didalam perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia.

0 35,036

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal penyelidik China “Da Yang Hao” sambil diiringi oleh sebuah kapal pengawal pantai negara itu, CCG 5202 dikesan semakin menghampiri kapal Ultra Deepwater Drillship, “West Capella” yang sedang menjalankan aktiviti cari gali minyak dan gas di dalam perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia, tidak jauh daripada Labuan.

Kapal pengawal pantai China itu dikesan berada di antara 12 hingga 20 Batu Nautika (NM) daripada “West Capella” yang dimiliki oleh syarikat “Seadrill” yang berpengkalan di London tetapi dikontrakkan kepada syarikat minyak dan gas negara, PETRONAS.

Kemungkinan terdapat sebuah lagi kapal pengawal pantai China berada berada berhampiran dengan kedua-dua kapal milik agensi kerajaan China itu.

Pemerhati OSINT Laut China Selatan @WBWhiskeyBravo turut menyertakan grafik daripada aplikasi penjejakan kapal yang jelas menunjukkan kedudukan terkini kapal-kapal milik China itu dengan “West Capella” serta beberapa buat kapal sokongan industri minyak dan gas negara itu.

Turut beroperasi berhampiran dengan ultra deepwater drillship “West Capella” itu adalah kapal sokongan bekalan (platform supply vessel) “SK Patriot” dan Floating Production System (FPS) Gumusut-Kakap.

West Capella
Gumusut-Kakap FPS

 

FPS Gumusut Kakap mempunyai berat 40,000 tan dan mampu memproses 150,000 tong minyak mentah sehari.

Lapangan minyak dan gas, Gumusut-Kakap terletak berhampiran sempadan maritim Malaysia dan Brunei dengan Sabah Shell Petroleum, yang merupakan subsidiari Royal Dutch Shell sebagai operator lapangan laut dalam itu.

Lapangan Gumusut-Kakap mula menghasilkan minyak pada 2014 dengan “peak productions” minyak mentah daripada lapangan itu adalah sebanyak 148,000 tong minyak sehari, menunjukkan ia adalah satu daripada lapangan minyak laut dalam yang paling produktif.

Tidak pasti sama ada terdapat kapal-kapal daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berada berhampiran dengan kapal-kapal China itu, walaupun pegawai tentera laut mengatakan ia telah mengerah tiga buah kapalnya untuk memantau aktiviti kapal-kapal China itu.

TLDM tidak mendedahkan identiti kapal-kapal TLDM yang ditugaskan memantau aktiviti kapal-kapal China itu.

West Capella

 

West Capella

Adalah jelas kapal-kapal penyelidik dan kapal pengawal pantai China itu berada di dalam kawasan ZEE Malaysia dan pencerobohan itu telah berlaku sejak 24 September lepas apabila ia dikesan mula memasuki secara haram perairan Malaysia.

Adakah kehadiran “Da Yang Hao” dan kapal pengawal pantai China itu itu bertujuan menganggu operasi cari gali minyak oleh Malaysia di salah sebuah lapangan minyak laut dalamnya yang paling produktif?

Adakah tindakan China ini merupakan suatu tindakan sabotaj ekonomi terhadap Malaysia?

Pada 4 Okt lepas, Kementerian Luar Negeri telah memanggil Duta Besar China ke Malaysia untuk menyatakan bantahan negara terhadap keberadaan dan aktiviti kapal-kapal China, termasuk kapal penyelidikan, di dalam Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia di luar pesisir Sabah dan Sarawak.

Ia adalah kali kedua Duta Besar China dipanggil oleh Wisma Putra pada tahun ini selepas insiden pencerobohan 16 buah pesawat tentera China di Zon Maritim Malaysia (ZMM) termasuk di ruang udara Beting Patinggi Ali pada 31 Mei lepas.

China
Kapal penyelidik, Da Yang Hao yang dilaporkan menceroboh perairan Malaysia.

 

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Wisma Putra pada Isnin itu mengatakan bahawa keberadaan dan aktiviti kapal-kapal itu adalah bertentangan dengan Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 dan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut (KUUL) 1982.

Kapal penyelidik, Da Yang Hao mempunyai panjang 98 meter dan berat 4,800 tan.

“Dengan kelajuan 16 knot dan jarak sejauh 14,000 batu nautika, kapal Da Yang Hao memiliki kemampuan untuk melakukan eksplorasi laut dalam di mana-mana perairan dunia ini,” menurut laporan media China.

Kapal penyelidik, Da Yang Hao ini dimiliki oleh Kementerian Sumber Asli China.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...