Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

KAI Sasar Jual 100 Buah Pesawat FA-50 kepada Mesir

Selain pesawat FA-50, beberapa syarikat pembuat pesawat lain turut berminat untuk membekalkan pesawat latihan lanjutan kepada Mesir adalah AVIC daripada China yang mengetengahkan L-15 manakala Leonardo pula menawarkan pesawat M-346.

0 2,581

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selepas kejayaan menjual 48 buah pesawat FA-50 kepada Poland beberapa minggu lalu, syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) kini mensasarkan pula Mesir sebagai pelanggan pesawat latihan lanjutan/pejuang ringan (FLIT/LCA) terbarunya.

KAI mensasarkan untuk menjual kira-kira 100 buah pesawat FA-50 kepada Mesir.

Pasukan aerobatik Black Eagles daripada Tentera Udara Korea Selatan yang menggunakan pesawat T-50B turut melakukan pertunjukan pada Pyramid Air Show 2022 yang berlangsung di Kaherah baru-baru ini.

FA-50
Pesawat T-50B daripada pasukan aerobatik Black Eagles melakukan pertunjukkan di Mesir baru-baru ini.

 

Penyertaan pasukan aerobatik itu adalah salah satu usaha pemasaran oleh syarikat Korea Selatan untuk menarik perhatian Mesir terhadap kemampuan pesawat FA-50 itu, sesuatu yang biasa dilakukan oleh pasukan aerobatik asing ketika LIMA.

Tentera Udara Mesir dijangka membuat keputusan pada tahun depan berkenaan pesawat latihan lanjutan yang mahu dimilikinya.

Selain pesawat FA-50, beberapa syarikat pembuat pesawat lain turut berminat untuk membekalkan pesawat latihan lanjutan kepada Mesir adalah AVIC daripada China yang mengetengahkan L-15 manakala Leonardo pula menawarkan pesawat M-346.

L-15
Pesawat L-15 ketika pameran Dubai Airshow 2021.

 

M-346
Pesawat M-346 varian FA (Fighter Attack)

 

Bagaimanapun KAI berpendapat bahawa pesawat FA-50 mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk dipilih oleh Tentera Udara Mesir kerana faktor persamaan dengan pesawat F-16 yang digunakan oleh negara Afrika Utara itu.

Tentera Udara Mesir merupakan diantara negara pengguna pesawat F-16 terbesar dunia dengan 160 buah pesawat dan persamaan lojistik di antara kedua-dua pesawat (F-16 dan FA-50) dijangka akan memudahkan pemilihan KAI oleh Kaherah.

Seorang pegawai kanan KAI, Lee Bong-geun berkata, syarikat Korea Selatan itu menawarkan produksi bersama dan usaha pemasaran bersama sekiranya Mesir memilih pesawat FA-50 yang dibangunkan mereka.

FA-50

TEKAN UNTUK MUAT-TURUN APLIKASI DEFENCE  SECURITY ASIA:  

Google Play

Mesir dikatakan mahu menggantikan pesawat-pesawat pejuang/latihannya yang berusia termasuk Alpha Jet, Mirage 5E dan juga Mirage 2000.

Negara Afrika Utara itu sedang berbelanja besar untuk memodenisasikan tentera udaranya.

Sebenarnya, syarikat pembuat pesawat Korea Selatan itu mahu menarik lebih banyak negara di Timur Tengah dan Afrika untuk membeli pesawat FA-50 keluarannya yang bukan sahaja boleh bertindak sebagai pesawat pejuang ringan tetapi juga pesawat latihan lanjutan. — DSA

 

Jom follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

 

Comments
Loading...