Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Dron Kesan 55 Cubaan Ceroboh Sempadan Negara Sejak Jun

0 637

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pasukan keselamatan negara berjaya mengesan sebanyak 55 cubaan menceroboh sempadan negara sejak menggunakan dron dalam Op Benteng sejak Jun lepas.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pengesanan cubaan menceroboh sempadan negara menggunakan teknologi dron membuktikan keberkesanan penggunaan teknologi pesawat tanpa pemandu itu.

dron

“Penggunaan teknologi dron adalah sangat penting kerana negara perlu menjaga sempadan yang luas contohnya di kawasan perairan Sabah.

“Sebab itu kita menggunakan dron di kawasan sempadan Malaysia termasuk di kawasan darat,” katanya di Wisma Pertahanan hari ini. Ismail Sabri juga berkata kerajaan telah memperoleh beberapa aset termasuk motosikal jenis scrambler,  ATV (kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan muka bumi), radar dan dron untuk digunakan ketika Op Benteng, terutama di utara tanah air.

Dron

Beliau berkata perolehan itu dibuat menerusi peruntukan khas di bawah Majlis  Keselamatan Negara bagi memperkukuhkan kawalan sempadan negara.

“Kerajaan akan terus mempertingkatkan aset bagi mengawal sempadan negara dalam Op Benteng,” katanya.

dron

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...