Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Juruterbang F-35A Itali Cemas Hadapi Serangan Sistem EW “Khibiny” Su-30SM Russia

Berhadapan dengan kegagalan fungsi sistem-sistem pesawat F-35A itu, juruterbang Itali itu menyedari bahawa pesawat beliau itu sedang berhadapan dengan serangan oleh sistem peperangan elektronik “Khibiny” yang dibawa oleh pesawat pejuang Su-30SM Russia yang sedang ia hadapi itu.

0 730

(DEFENCE SECURITY ASIA) –Sistem pengesanan dan amaran pesawat pejuang generasi kelima F-35 milik Tentera Udara Itali dilaporkan “gagal berfungsi” selepas ia berhadapan dengan serangan elektronik (EW) daripada pesawat pejuang Su-30SM Russia.

Insiden tersebut sebagaimana dilaporkan oleh media Itali itu berlaku, tidak lama selepas tentera Russia menceroboh Ukraine dan melancarkan peperangan terhadap negara jirannya itu.

Sebagai reaksinya terhadap pencerobohan Russia itu, NATO telah mengerahkan pesawat-pesawat F-35A milik Tentera Udara Itali pada April untuk mengawasi ruang udara negara-negara Baltik terutamanya Estonia yang bersempadan dengan Russia.

Pesawat-pesawat F-35A Itali itu berpangkalan di Amendola yang terletak di selatan Itali.

Sebulan selepas ketibaannya di Estonia, pesawat-pesawat F-35A Itali itu telah dikerah melaksanakan misi “air policing” di ruang udara negara Baltik itu apabila ia dipintas oleh pesawat pejuang generasi keempat Russia, Su-30SM.

Russia
Pesawat Su-30 bersama pod EW “Khibiny.”

 

Pesawat pejuang Russia itu dipaksa memintas pesawat F-35 Itali itu selepas pesawat pejuang generasi kelima buatan Amerika Syarikat berada terlalu hampir dengan pesawat pengangkut AN-12 yang ia iringi.

“Pesawat pejuang Russia muncul secara tiba-tiba. Saya amat keliru kerana saya tidak menjangkakan ia berada berada terlalu hampir, “ menurut juruterbang F-35 Itali tentang kemunculan tiba-tiba pesawat Su-30SM Russia itu.

Pesawat pejuang Russia itu “berdegil” untuk berada hampir dengan F-35A Itali itu dan pada ketika itulah sistem pengesanan dan amaran pesawat canggih buatan syarikat Lockheed Martin  itu “gagal berfungsi”, memaksanya “membuka dan menutup” beberapa kali bagi memastikan sistem itu berfungsi semula.

Juruterbang pesawat F-35A Itali itu telah beberapa kali diberi amaran bahawa pesawat-pesawat pejuang Russia berkemungkinan menggunakan sistem peperangan elektronik dikenali dengan nama “Khibiny.”

Sistem peperangan elektronik “Khibiny” adalah sistem yang dibangunkan semasa zaman Kesatuan Soviet, sebelum pada 1980-an sistem itu menerima perhatian hasil kerjasama di antara KNIRTI dengan Sukhoi.

Russia
Pod EW “Khibiny”

 

Sistem EW “Khibiny” telah dinaiktaraf beberapa kali dan pada ketika ini sistem itu bukan sahaja digunakan oleh Su-30 tetapi juga Su-34.

Berhadapan dengan kegagalan fungsi sistem-sistem pesawat F-35A itu, juruterbang Itali itu menyedari bahawa pesawat beliau itu sedang berhadapan dengan serangan oleh sistem peperangan elektronik “Khibiny” yang dibawa oleh pesawat pejuang Su-30SM Russia yang sedang ia hadapi itu.

Melihatkan bahawa pesawat pejuang Russia itu sedang menuju laju kearahnya, juruterbang pesawat Itali itu melakukan perkara yang telah diajar apabila berhadapan dengan situasi sama iaitu melakukan “reboot” dan berada jauh daripada pesawat Russia itu.

Namun ia tidak berjaya dan kedua-dua pesawat pejuang itu berada amat hampir di antara satu sama lain.

Juruterbang Itali itu menyatakan, selalu apabila berada di kawasan sempadan pesawat-pesawat pejuang hanya memberikan amaran tetapi tidak didalam insiden ini, dimana pesawat beliau kini dijadikan sasaran peperangan elektronik oleh pesawat Russia.

Russia

“Tiba-tiba pesawat Su-30SM hilang daripada pandangan dan sekali lagi sistem pengesanan F-35A gagal berfungsi. Secara tiba-tiba pesawat Su-30SM itu muncul kembali dihadapan dan melintasi amat hampir dengan F-35A.”

“Secara tiba-tiba saya kaku dengan ketakutan. Saya tidak menjangkakan manuver yang merbahaya daripada juruterbang Russia,” kata juruterbang Itali itu dan menambah bahawa beberapa sistem pesawat itu juga mula mengalami masalah sekalli lagi.

Keadaan berlaku untuk beberapa ketika, sebelum pesawat Su-30SM Russia itu menghentikan manuver berbahaya itu dan tidak lagi “mencabar” pesawat F-35A Itali itu.

Juruterbang Itali itu menyatakan bahawa pesawat Su-35SM Russia itu hanya mahu menguji kemampuan pesawat F-35A itu, tetapi beliau telah diberitahu lebih awal tentang kemampuan pesawat dan juruterbang Russia sebelum ini.

Khibiny

Beliau tahu bahawa juruterbang Russia berkemampuan melakukan manuver taktikal pada tahap yang tinggi.

Bagaimanapun juruterbang pesawat pejuang Itali menyatakan beliau tidak menyangka pesawat moden Amerika Syarikat yang dilengkapi dengan segala peralatan dan persenjataan moden boleh dengan mudah “ditundukkan”.

Apatah lagi pesawat Su-30SM itu adalah pesawat generasi keempat, walaupun telah dinaiktaraf. — DSA

 

 

Comments
Loading...