Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

(VIDEO) Jom Tonton Aksi Peluru Berpandu Kruis Lancaran Udara KH-101 Russia

(VIDEO) Dibangunkan oleh syarikat pembuat peluru berpandu terkenal Russia, Raduga Design Bureau, peluru berpandu kruis KH-101 itu yang dilengkap dengan bahan peledak konvensional seberat 400kg itu mampu membedil sasaran sejauh 5,500km dengan tahap ketepatan yang tinggi.

0 6,189

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa bulan lepas, Kementerian Pertahanan Russia telah mengeluarkan video memaparkan pelancaran peluru berpandu kruis lancaran udara (ALCM – Air Launched Cruise Missile) “KH-101” daripada pesawat pengebom Tupolev Tu-95 “Bear” dan bedilannya-bedilannya terhadap sasaran.

Menurut pihak Russia, peluru berpandu kruis KH-101 yang berkelajuan subsonic adalah peluru berpandu strategik yang mula memasuki perkhidmatan angkatan tentera negara itu pada tahun 2013.

Dibangunkan oleh syarikat pembuat peluru berpandu terkenal Russia, Raduga Design Bureau, peluru berpandu kruis KH-101 itu yang dilengkap dengan bahan peledak konvensional seberat 400kg itu mampu membedil sasaran sejauh 5,500km dengan tahap ketepatan yang tinggi.

Selain bahan peledak konvensional, peluru berpandu kruis jarak jauh itu juga mempunyai varian nuklear iaitu KH-102 yang boleh dilengkapkan dengan bahan peledak nuklear seberat di antara 250 kiloton hingga satu megaton.

Peluru berpandu kruis direkabentuk untuk mengelak daripada dikesan oleh radar-radar serta peluru berpandu pertahanan udara, sekaligus membolehkannya membedil sasaran-sasaran berkepentingan tinggi pihak musuh.

Selain dilancarkan oleh pesawat pengebom, peluru berpandu kruis juga boleh dilancarkan daripada sistem pelancar darat dan juga laut.

Sementara itu, satu lagi video dirakam oleh orang awam Ukraine beberapa hari lalu telah menunjukkan peluru berpandu kruis KH-101 melepaskan suar api (flares) ketika dalam penerbangan, bagi mengelak ia daripada ditembak jatuh oleh peluru berpandu infra-red.

Beberapa bulan lalu, Russia melancarkan ratusan peluru berpandu dan dron-dron berani mati terhadap beberapa bandar di Ukraine termasuk ibu negaranya, Kiev, kemungkinan tindak balas terhadap serangan peluru berpandu Storm Shadow oleh Ukraine di Crimea yang menyebabkan kerosakan teruk kepada kapal perang milik musuhnya itu.

Suar api (flares) yang dilepaskan oleh peluru berpandu KH-101 itu adalah counter-measures yang direka oleh pihak Russia untuk memastikan peluru berpandu terbabit membedil sasarannya tanpa masalah.

KH-101
Dibangunkan oleh syarikat pembuat peluru berpandu terkenal Russia, Raduga Design Bureau, peluru berpandu kruis KH-101 itu yang dilengkap dengan bahan peledak konvensional seberat 400kg itu mampu membedil sasaran sejauh 5,500km dengan tahap ketepatan yang tinggi.

 

Maklumat tentang pihak tentera Russia mula melengkapkan sistem countermeasures pada peluru berpandu kruis KH-101 miliknya dengan sistem suar dipanggil Izdeliye 504AP mula didengar pada tahun lepas.

Menurut penganalisis ketenteraan, tindakan Russia melengkapkan peluru berpandu kruis KH-101 itu dengan sistem countermeasure adalah sebagai respons kepada “kebanjiran” sistem-sistem pertahanan udara buatan negara Barat di Ukraine. 

Dalam laporan terkini, Russia dilaporkan telah meningkatkan prestasi peluru berpandu udara utamanya, Kh-101, dengan melengkapkannya dengan peledak kedua.

Laporan perisikan Kementerian Pertahanan Britain pada 8 Mei menyatakan bahawa modifikasi terkini ini kemungkinan telah mengurangkan separuh jarak peluru berpandu Kh-101, kerana Tentera Udara Rusia tidak memerlukan jarak maksimum untuk menyerang seluruh Ukraine.

Sementara itu, peledak kedua tersebut direka untuk meningkatkan kerosakan kepada sasaran, yang berpotensi meningkatkan keberkesanan sistem tersebut terhadap sasaran yang tidak dilindungi.

Pada Januari, Vadym Skibitskyi, timbalan ketua Direktorat Perisikan Utama Kementerian Pertahanan Ukraine (HUR), menyatakan di Davos bahawa pihak Russia sedang bersedia untuk melancarkan pelbagai peluru berpandu Kh-101 berbanding dengan yang digunakan pada tahun 2022.

Beliau menekankan bahawa peluru berpandu baru itu dilengkapi dengan sistem peperangan elektronik aktif dan perangkap haba (heat-traps). — DSA

Comments
Loading...