Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Jepun Tempatkan Unit Peluru Berpandu Di Pulau-Pulau, Respons Terhadap China

Tindakan itu adalah sebagai respons terhadap tindakan China yang telah meningkatkan kehadiran tentera dan aset-aset mereka berhampiran kepulauan Nansei yang turut meliputi Senkaku yang dituntut oleh Beijing sebagai miliknya.

0 2,696

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam tindakan yang terang-terangan mensasarkan China, Kementerian Pertahanan Jepun mengumumkan bahawa ia akan menempatkan unit-unit peluru berpandu di Pulau Ishigakajimam yang terletak di kepulauan strategik Nansei menjelang akhir tahun depan.

Tindakan itu adalah sebagai respons terhadap tindakan China yang telah meningkatkan kehadiran tentera dan aset-aset mereka berhampiran kepulauan Nansei yang turut meliputi Senkaku yang dituntut oleh Beijing sebagai miliknya.

Menurut akhbar Yomiuri Shimbun, dengan penempatan peluru berpandu di Pulau Ishigakajima,ia akan menjadikan kesemuanya empat lokasi peluru berpandu di rangkaian pulau-pulau Nansei yang berteraburan di lautan selatan Jepun sepanjang 1,200km sehingga menghampiri di Taiwan.

Antara rangkaian pulau-pulau Nansei itu termasuklah Senkaku yang diakui sebagai milik Jepun tetapi juga dituntut Beijing.

Sejak kebelakangan ini, Jepun mengesan peningkatan kehadiran kapal-kapal perang dan pengawal pantai serta pesawat pejuang China di kawasan perairan serta ruang udara berhampiran Pulau Senkaku.

Jepun
Kepulauan Nansei

 

Akhbar itu mengatakan antara unit-unit peluru berpandu yang bakal ditempatkan di Pulau Ishigakajima itu termasuklah yang mengoperasikan sistem peluru berpandu anti-kapal dan sistem peluru berpandu anti-pesawat.

Kementerian Pertahanan Jepun juga bercadang unit peperangan elektronik di Pulau Yonagunijima di Okinawa Prefecture pada 2023.

Selain itu Jepun juga dikatakan akan menempatkan pesawat-pesawat pejuang F-35B Lightning II di salah sebuah pengkalan udara yang terletak di Pangkalan Udara Nyutaru yang terletak di Miyazaki Prefecture di kepulauan Nansei.

Ia juga adalah sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan sistem pertahanan di kepulauan Nansei itu.

Sekurang-kurangnya enam buah pesawat pejuang F-35B STOVL (Short Take Off and Vertical Landing) itu akan ditempatkan di Pangkalan Udara Nyutabaru bermula pada 2024.

Jepun membeli 105 pesawat pejuang F-35 (termasuk versi A dan Versi B).

Jepun

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...