Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Serangan Hendap Di Sungai Golok, Seorang Anggota Tentera Thailand Maut

Media Thailand, “The Nation” mendakwa serangan hendap yang berlaku pada 2.20 pagi (waktu tempatan) itu dilakukan oleh 15 orang yang melancarkan grenad M79, bom paip dan senjata automatik daripada kawasan Malaysia di sempadan kedua-dua negara berjiran itu itu.

0 3,034

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sekumpulan anggota bersenjata didakwa telah melakukan serangan hendap terhadap pos pasukan keselamatan Thailand yang terletak di sebuah kampung di daerah Takbai, berhampiran kawasan sempadan Malaysia-Thailand.

Media Thailand, “The Nation” mendakwa serangan hendap yang berlaku pada 2.20 pagi (waktu tempatan) itu dilakukan oleh 15 orang yang melancarkan grenad M79, bom paip dan senjata automatik daripada kawasan Malaysia di sempadan kedua-dua negara berjiran itu itu.

Seorang anggota pasukan keselamatan Thailand disahkan maut manakala empat yang lain cedera padah dalam kejadian serangan melibatkan serangan bom-bom paip, senapang automatik dan pelancar grenad terhadap pos keselamatan yang dikawal oleh lapan anggota dan memiliki lima khemah.

Tiga lagi anggota keselamatan Thailand terselamat dalam serangan itu.

“Dalam kejadian itu telah berlaku insiden berbalas tembak selama 15 minit sehingga pihak penyerang menghentikan tembakan dan berundur selepas menyedari mereka tidak boleh menawan pos kawalan keselamatan itu,” menurut anggota tentera sebagaimana dipetik oleh akhbar The Nation itu.

Askar Thailand yang terbunuh itu dikenali dengan nama “Kiattikhajorn Nakhadee.”

Thailand
Anggota pasukan keselamatan Thailand yang terbunuh dalam kejadian di Sungai Golok awal pagi tadi.

 

Menurut Komander Bahagian Ke-4 Tentera Thailand Lt Jen Kriangkrai Sirak berkata kejadian berlaku di Kampung Gaebek di Mukim Nanak, daerah Takbai yang bersempadan dengan Kampung Padae Nyor di Mukim Munok di daerah Sungai Golok.

Hasil pemeriksaan pasukan keselamatan mendapati bahawa penyerang telah melontar sekurang-kurangnya 10 butir bom paip ke atas pos kawalan itu serta melepaskan tembakan bertubi-tubi dengan pelbagai jenis senjata termasuk M16, AK-47 dan senapang patah.

Semua anggota yang cedera dihantar ke hospital Sungai Golok untuk rawatan kecemasan.

Pada masa yang sama sebutir bom buatan sendiri berat 10 kg yang dipasang di tiang elektrik di kawasan Jalan Takbai-Sungai Golok di Kg Saring mukim Kosit daerah Takbai telah meletup tetapi ia tidak mengakibat sebarang kehilangan nyawa kerana ia menumbangkan tiang elektrik tumbang.

Menurut Kriangkrai kejadian awal pagi merupakan tindakan balas oleh anggota gerakan pembebasan Patani berikutan kematian seorang anggota Barisan Revolusi Nasional (BRN) dalam kejadian berbalas tembakan di Pattani semalam.

Lelaki yang mati ditembak itu dikenali sebagai Ghazali Lamsoh, yang merupakan adik kembar kepada Sobree Lamsoh yang mati ditembak oleh pasukan keselamatan Thailang dalam insiden barbalas tembakan pada dua tahun lepas di Yarang, Pattani.

Beliau dikatakan enggan menyerah diri walaupun diminta oleh oleh pihak keselamatan Thailand selepas dikepung.

Ghazali meninggalkan isteri dan seorang anak perempuan berusia empat bulan.

Thailand
Allahyarham Ghazali Lamsoh yang terbunuh dalam kejadian di Pattani semalam.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...