Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Jepun Pecat Kapten Kapal Perangnya Kerana “Tidak Sedari” Telah Masuki Perairan Wilayah China

Dalam kejadian yang berlaku pada 4 Julai lepas, kapal destroyer Tentera Laut Jepun “Suzutsuki” itu belayar memasuki perairan 12 Batu Nautika wilayah China tidak jauh daripada pantai wilayah Zhejiang selama 20 minit.

0 150
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Laut Jepun (dipanggil Japan Maritime Self-Defense Force) bertindak memecat kapten sebuah kapal destroyer miliknya selepas didapati melakukan “kesalahan serius” kerana berlayar memasuki perairan wilayah (territorial sea) China pada Julai lepas.
Kapten kapal perang Tentera Laut Jepun itu bertindak memasuki perairan China walaupun diberikan amaran berulang-kali oleh kapal-kapal perang China.
Sumber-sumber diplomatik memberitahu media Jepun bahawa insiden itu berlaku ketika kapal destroyer Tentera Laut Jepun itu “JS Suzutsuki” sedang memantau latihan maritim dijalankan oleh kapal-kapal perang China.
Tindakan kapal destroyer Jepun memasuki perairan wilayah China itu telah dibantah oleh Beijing.
Menurut media Jepun, insiden itu menunjukkan tahap skill anggota tentera laut Jepun, selain, pihak Tentera Laut Jepun turut menimbangkan kemungkinan untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap anggota-anggota lain yang bertugas di kapal destroyer terbabit.
Suzutsuki
JS Suzutsuki
Dalam kejadian yang berlaku pada 4 Julai lepas, kapal destroyer Tentera Laut Jepun “Suzutsuki” itu belayar memasuki perairan 12 Batu Nautika wilayah China tidak jauh daripada pantai wilayah Zhejiang selama 20 minit.
Apabila dijalankan siasatan, kapten kapal destroyer Tentera Laut Jepun itu menyatakan bahawa beliau tidak menyedari kedudukan kapal perangnya itu sehingga ia telah memasuki perairan wilayah milik China.
Insiden itu jugalah adalah kali pertama di mana kapal perang Tentera Laut Jepun telah memasuki perairan wilayah China sejak 1954.
Kapal destroyer JS Suzutzuki merupakan kapal destroyer kelas-Akisuki dan telah ditauliahkan ke dalam perkhidmatan Tentera Laut Jepun pada 2014.
Kapal perang Tentera Laut Jepun itu memiliki berat 5,000 tan (standard) atau 6,800 tan (full displacement) dan panjang 150 meter.
Membawa 200 krew kapal, ia telah dibina oleh syarikat Mitsubishi.
Dilengkapi dengan pelbagai peralatan sensor dan elektronik yang canggih, kapal perang Jepun itu juga membawa sistem persenjataan moden termasuk lapan buah peluru berpandu anti-kapal/darat Type 90, meriam utama 127mm, Mk41 VLS yang boleh melancarkan pelbagai peluru berpandu dan torpedo untuk peperangan anti-kapal selam.
Kapal perang JS Suzutsuki milik Tentera Laut Jepun itu juga membawa sebuah helikopter SH-60K.  — DSA

Comments
Loading...