Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Jangan Hampiri 12 Batu Nautika Pulau, Terumbu Karang China” – Amaran China Pada British

“Kami memberi amaran yang keras kepada kumpulan ini (HMS Queen Elizabeth dan CSG21) bahawa mereka perlu mematuhi peraturan dan mengikuti laluan perkapalan antarabangsa sedia ada dan kekal menjauhi jarak 12 batu nautika daripada pulau-pulau dan terumbu karang milik China itu.”

0 3,758

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dikala kapal pengangkut pesawat Tentera Laut British, HMS Queen Elizabeth dan kapal-kapal pengiringnya daripada Carrier Strike Group 2021 (CSG21) menghampiri “pulau-pulau buatan manusia” China di Laut China Selatan, kerajaan China menerusi akhbar rasminya telah melaungkan amaran sekali lagi supaya tidak menceroboh “perairan miliknya di pulau-pulau buatan manusia itu.”

“Kami memberi amaran yang keras kepada kumpulan ini (HMS Queen Elizabeth dan CSG21) bahawa mereka perlu mematuhi peraturan dan mengikuti laluan perkapalan antarabangsa sedia ada dan kekal menjauhi jarak 12 batu nautika daripada pulau-pulau dan terumbu karang milik China itu.”

Amaran keras itu telah dikeluarkan oleh akhbar nasionalis, Global Times yang dimiliki oleh Parti Komunis China serta kerajaan negara itu.

Apa-apa yang disuarakan oleh akhbar itu,bolehlah dianggap sebagai pernyataan dasar daripada kerajaan di Beijing itu.

Imej-imej satelit terkini daripada pemerhati OSINT sememangnya menunjukkan kapal HMS Queen Elizabeth dan 10 buah kapal pengiringnya berada berhampiran dengan Kepulauan Spratly dan Kepulauan Paracel di Laut China Selatan.

HMS Queen Ellizabeth

 

China telah menduduki secara haram beberapa buah terumbu karang di kawasan perairan itu dan bertindak melakukan penambakan besar-besaran sehingga menjadikan ia “pulau-pulau buatan manusia” yang lengkap dengan pelbagai kemudahan awam dan ketenteraan.

Ia kini mengakui bahawa terumbu-terumbu karang itu adalah miliknya dan akan bertindak menghalau mana-mana kapal yang menghampiri 12 batu nautika.

Akhbar nasionalis China itu berkata, kapal-kapal perang Amerika Syarikat kerap memasuki 12 batu nautika daripada terumbu-terumbu karang itu dan Beijing telah “cukup bersabar”  dengan tindakan musuhnya itu.

Fiery Cross
Fiery Cross Reef, salah sebuah pulau buatan manusia China di Kepulauan Spratly. (kredit SCMP)

 

“Bagaimanapun ia tidak bermakna bahawa kami akan tolerate dengan tindakan itu dalam jangka masa panjang atau sekutu Amerika Syarikat mencontohi tindakan berbahaya yang dilakukan oleh Washington itu.”

“Kami mahu memberi nasihat kepada sekutu-sekutu Amerika Syarikat supaya berhati-hati supaya menjauhi daripada garisan merah yang diletak oleh China, jangan terus memaksa. China akan mempertahankan kedaulatan dan integriti sempadannya,” kata akhbar itu.

Ia juga berkata bahawa China telah mempertingkatkan kemampuan ketenteraannya di Laut China Selatan.

Peningkatan kemampuan ketenteraan China itu bukan sahaja melibatkan kerahan kapal-kapal perang sahaja tetapi juga penggunaan pelu-peluru berpandu jarak sederhana.

“Kapal-kapal pengangkut pesawat terdedah kepada ancaman sekiranya berlaku konflik ketenteraan (di Laut China Selatan),” kata Global Times sambil menambah, sekiranya Britain mahu bertindak terhadap China maka ia harus bersedia untuk menempuh kekalahan.

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...