Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Israel Lancar Serangan Balas “Terhad” Terhadap Iran, Disifatkan Respons “Amat Lemah” Tel Aviv

Menteri Dalam Negeri Israel Itamar Ben-Gvir menyuarakan kekecewaannya terhadap skala serangan balas Israel "amat terhad" oleh negara itu terhadap Iran dan menyatakan apa yang dilakukan oleh Tel Aviv terhadap Teheran pada malam ini adalah “amat lemah” dan “memalukan.”

0 1,846

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Israel dilapor telah melakukan serangan balas “terhad” terhadap Iran beberapa jam lalu dengan media-media negara itu dan pegawai kanan Amerika Syarikat mendakwa beberapa letupan telah kedengaran di beberapa bahagian negara Parsi itu.

Namun, sehingga kini tiada kenyataan rasmi daripada kerajaan Israel yang mengambil tanggungjawab terhadap serangan balas itu manakala pegawai Iran pula menyatakan serangan itu menggunakan dron-dron quadcopter kecil yang telah ditembak jatuh oleh sistem pertahanan udara negara itu.

Pihak berkuasa Iran juga menyatakan bahawa sistem pertahanan udara tidak mengesan sebarang pencerobohan daripada pesawat-pesawat asing.

Pegawai-pegawai kanan Israel memberitahu media negara itu, Jerusalem Post bahawa kerajaan negara itu tidak akan memgambil tanggungjawab terhadap serangan terhadnya terhadap Iran mala mini di atas sebab-sebab strategik.

Mereka juga mempersoalkan mengapa pegawai-pegawai Amerika Syarikat mendedahkan kepada media negara itu tentang serangan oleh Israel itu.

Israel
Iran menghujani Israel dengan ratusan peluru berpandu dan dron berani mati dalam serangan pada 14 April lalu.

 

Laporan media di Iran menyatakan bahawa, sistem pertahanan udara Iran di beberapa bahagian negara itu telah diaktifkan bagi menangani serangan terhad itu manakala pihak berkuasa mengeluarkan negara itu pula mengeluarkan arahan melarang penerbangan awam, tetapi, arahan itu telah ditarik-balik.

Penerbangan awam daripada Lapangan Terbang Imam Khomeini dan Mehrabad telah disambung semula.

Keadaan terkini di seluruh Iran pada waktu ini dilaporkan aman, dakwa media-media Iran.

Pihak tentera Iran mendakwa letupan-letupan kecil yang kedengaran di beberapa bahagian negara itu disebabkan oleh penembakan jatuh dron-dron quadcopter oleh sistem pertahanan negara itu yang diaktifkan.

Agensi berita nasional Iran menyatakan tiga buah dron quadcopter kecil telah ditembak jatuh berhampiran bandar Isfahan yang menempatkan beberapa pangkalan tentera yang besar termasuk sebuah pangkalan udara yang didakwa terlibat dalam pelancaran peluru berpandu ballistik terhadap Israel tempohari.

Laporan daripada media Barat juga menyatakan bahawa kemungkinan serangan itu tidak dilakukan oleh peluru berpandu tetapi lebih pada penggunaan dron-dron kecil.

Iran
Dron quadcopter

 

Menurut media-media Iran, dron-dron kecil quadcopter itu berkemungkinan dilancarkan daripada dalam Iran oleh kumpulan-kumpulan bersenjata yang  disokong oleh Barat dan Israel dan kesemuanya berjaya ditembak jatuh oleh sistem pertahanan Iran.

Tentera Iran telah meningkatkan kehadiran sistem-sistem pertahanan udaranya di sekitar Teheran dan beberapa bandar utama negara itu serta pangkalan tentera kerana menjangkakan serangan balas Israel.

Setakat ini menurut mereka, tiada letupan atau serangan besar-besar terhadap Iran, manakala, kesemua kemudahan tentera Iran di wilayah Isfahan termasuk loji nuklear miliknya di Isfahan tidak terjejas.

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengesahkan bahawa tiada kerosakan terhadap loji-loji nuklear Iran.

Menteri Dalam Negeri Israel Itamar Ben-Gvir menyuarakan kekecewaannya terhadap skala serangan balas Israel terhadap Iran dan menyatakan apa yang dilakukan oleh Tel Aviv terhadap Teheran adalah “amat lemah” dan “memalukan.”

Menurut pihak berkuasa Iran pula, mereka tidak akan bertindak balas terhadap serangan “amat terhad” didakwa dilakukan Israel malam ini.

Iran
Peluru berpandu Iran

 

Mungkin “serangan terhad” Israel mala mini terlalu kecil untuk diambil tindakan.

Beberapa hari lalu, Iran telah melancarkan ratusan peluru berpandu ballistik dan dron-dron berani mati terhadap beberapa kedudukan tentera dalam Israel bagi membalas dendam serangan udara rejim Tel Aviv terhadap bangunan kedutaannya di Damsyik, Syria yang membunuh tiga orang Jeneralnya tempoh hari.

Ia adalah kali pertama dalam sejarah Iran melancarkan serangan secara langsung terhadap Israel dan berkemungkinan besar akan menyebabkan konflik di Timur Tengah merebak melibatkan beberapa negara lain di rantau dan juga kuasa besar.

Keadaan di Timur Tengah menjadi semakin berbahaya selepas serangan udara Israel terhadap bangunan kedutaan Iran di Damsyik pada 2 April lalu yang tiga orang pegawai kanan tentera Iran berpangkat Jeneral.

Antara yang terbunuh dikenali sebagai — Brigadier Jeneral Mohammad Reza  Zahedi yang memimpin Angkatan Quds (Quds Force) di Syria dan Lubnan, salah satu cabang di bawah kawalan Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC – Iran Revolutionary Guard Corps).

Iran
Bangunan kedutaan Iran di Damsyik yang dibom oleh pesawat pejuang Israel yang membunuh tiga orang Jeneral kanannya.

 

Beliau adalah pegawai tentera paling kanan Iran yang terbunuh dalam konflik di Timur Tengah selepas pembunuhan Panglima Angkatan Quds, Mejar Jeneral Qasem Soleimani oleh Amerika Syarikat di Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad empat tahun lepas.

Jeneral kedua Iran yang disahkan terbunuh dikenalpasti sebagai Brigadier Jeneral Mohammad Mehdi Rahimi yang merupakan rakan rapat kepada Mohammad Reza dan timbalan kepada beliau dalam Angkatan Quds di Syria dan Lubnan.

Selain Mohamad Reza dan Mohammad Mehdi, , seorang lagi jeneral Iran dikenalpasti terbunuh dalam serangan udara Israel itu dikenalpasti sebagai Brigadier Jeneral Hossein Aminollah yang merupakan Ketua Staf Angkatan Quds di Syria dan Lubnan. — DSA

Iklan

 

 

Comments
Loading...