Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Iran Masih Taruh Harapan Pada Pesawat Pejuang Berusia 50 Tahun, Su-20/22

Antara usaha-usaha dinaiktaraf terhadap pesawat pejuang Su-20/22 milik Iran itu adalah meningkatkan kemampuannya untuk melancarkan bom-bom panduan dan juga peluru berpandu kruis lancaran udara (Air Launched Cruise Missile – ALCM).

5,247

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Walaupun sudah berusia lebih 50 tahun, namun Tentera Udara Iran masih menaruh harapan terhadap pesawat pejuang Su-20/22 miliknya dan sejak beberapa tahun lepas telah bertindak menaiktarafnya.

Antara usaha-usaha dinaiktaraf terhadap pesawat pejuang Su-20/22 milik Iran itu adalah meningkatkan kemampuannya untuk melancarkan bom-bom panduan dan juga peluru berpandu kruis lancaran udara (Air Launched Cruise Missile – ALCM).

Pesawat-pesawat pejuang Su-20/22  itu kini boleh melancarkan bom-bom bersayap (glide) “Yaseen” yang boleh membedil sasaran daripada jarak 50km dan juga peluru berpandu kruis lancaran udara “Arman.”

Sebagaimana yang dilihat pada konflik di Ukraine, Russia banyak menggunakan bom-bom bersayap yang boleh membedil sasaran pada jarak jauh.

Pesawat-pesawat pejuang Russia menggugurkan bom-bom bersayap itu daripada di luar kawasan capaian sistem pertahanan udara tentera Ukraine, bertujuan mengelaknya daripada mangsa kepada pelurun berpandu anti-pesawat pihak musuh.

Bom bersayap “Yaseen” keluaran Iran yang didedahkan kepada awam pada 2019 itu boleh dilancarkan oleh pesawat berpemandu atau pesawat tidak berpemandu untuk membedil sasaran sama ada jarak dekat atau jarak jauh.

Iran

Ia boleh beroperasi  pada semua jenis keadaan cuaca dan pada waktu malam atau siang.

Bom-bom bersayap “Yaseen” itu memiliki berat 300kg, dengan 215kg adalah peledaknya bagi memastikan kemusnahan maksimum terhadap sasarannya.

Bom bersayap keluaran Iran itu menggunakan sistem navigasi dan dipandu oleh satelit boleh membedil sasaran dengan tepat iaitu Circular Error Probable (CEP) sekitar 10 meter.

Sementara itu, peluru berpandu kruis lancaran udara “Arman” merupakan adaptasi daripada peluru berpandu ballistik jarak dekat “Ababil” yang mampu dilancarkan oleh pesawat pejuang Su-20/22 yang telah dinaiktaraf.

“Arman” merupakan percubaan Iran terhadap pembangunan sistem persenjataan lancaran udara (air-launched) sebagaimana yang dibuat oleh tentera Russia menerusi pembangunan peluru berpandu hypersonik “Khizhal”.

Iran
Bom glide “Yaseen”

 

Ia menunjukkan usaha Iran untuk memperkuatkan lagi angkatan udaranya dan kemampuan mereka untuk menekan musuh.

Setakat ini tidak banyak yang diketahui tentang peluru berpandu kruis lancaran udara “Arman” itu.

Bagaimanapun, kekuatan udara Iran dijangka akan suntikan besar apabila ia memperolehi pesawat pejuang Su-35 daripada Russia tidak lama lagi, dipercayai hasil bantuannya kepada Russia pada kempen ketenteraan Moscow di Ukraine. — DSA

To contact email: [email protected]

Comments are closed.