Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Iran Dedah Peluru Berpandu Hypersonik Pertamanya “Fattah”, Berkelajuan Mach 15

Menurut media tempatan Iran, peluru berpandu hypersonik pertama negara itu dipanggil “Fattah” mampu meluncur dengan kelajuan Mach 15 atau lebih 5,000 meter satu saat dan tidak ada sistem pertahanan udara Amerika Syarikat serta Israel yang canggih berkemampuan memintasnya.

0 3,581

(DEFENCE SECURIYT ASIA) – Iran telah mendedahkan peluru berpandu hypersoniknya yang pertama dipanggil “Fattah” yang  boleh meluncur selaju Mach 15 dan mendakwa ia tidak boleh dipintas oleh mana-mana sistem pertahanan udara disebabkan kelajuannya yang tinggi.

Pihak berkuasa Iran mendakwa peluru berpandu hypersonik “Fattah”yang dicat serba hitam itu berkemampuan membedil sasaran sejauh 1,400 km.

Pemerhati ketenteraan serantau menyatakan bahawa pembangunan peluru berpandu hypersonik “Fattah” itu akan meningkatkan lagi kebimbangan Amerika Syarikat dan Israel terhadap kemampuan teknologi peluru berpandu yang dimiliki oleh Teheran.

Fattah

Stesen-stesen televisyen tempatan negara itu telah menayangkan majlis mendedahkan peluru berpandu hypersonik yang turut dihadiri oleh presiden negara itu Ebrahim Raisi dan pemimpin-pemimpin tertinggi tentera negara itu.

Menurut media negara itu, “Fattah” mampu meluncur dengan kelajuan Mach 15 atau lebih 5,000 meter satu saat dan tidak ada sistem pertahanan udara Amerika Syarikat dan Israel yang canggih mampu memintasnya.

 Mereka turut menayangkan video pelancaran peluru berpandu hypersonik itu serta detik-detik apabila ia membedil sasarannya yang tidak diketahui lokasinya.

Setakat ini,hanya Amerika Syarikat, Russia,Korea Utara dan China diketahui berkemampuan membangunkan peluru berpandu hypersonik.

Bagaimanapun Kor Pengawal Revolusi Iran pada November tahun lepas telah menyatakan bahawa ia sedang membangunkan peluru berpandu hypersonik, yang merupakan suatu “lonjakan generasi” bagi teknologi peluru berpandu negara itu.

“Peluru berpandu hypersonik Fattah tidak boleh dimusnahkan oleh peluru berpandu lain,berikutan cara ia bergerak di kedudukan dan altitud yang berlainan,” menurur seorang pegawai kanan kor pengawal revolusi itu.

Pengenalan peluru berpandu hypersonik “Fattah” menyusul pelancaran peluru berpandu balistik Iran pada bulan lepas,yang turut mengundang kritikan dan kecaman daripada negara-negara Barat terutamanya Amerika Syarikat serta sekutu utamanya Israel.

Fattah

Dipanggil “Kheibar”, peluru berpandu balistik generasi ke-empat Iran itu berkemampuan membedil sasaran sejauh 2,000 km dan boleh mengenai  sasaran di Israel.

Ia juga boleh membawa kepada peledak konvesional seberat 1,500 kilogram kata pegawai tentera Iran sambil menambah bahawa “Kheibar” boleh meluncur selaju Mach 15 di luar atmosfera dan Mach 8 di dalam atmosfera. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

 

Comments
Loading...