Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Prestasi Baik” Dron Berani Mati Iran Tarik Minat Eropah, Barat Untuk Cuba Milikinya

Jurucakap Kementerian Pertahanan Iran Brig Jen Reza Talaie-Nik sebagaimana dipetik oleh agensi berita Tasnim negara itu berkata, Iran bersedia untuk mengeksport dron-dron berani mati itu kepada negara-negara terbabit sekiranya ia memberikan kelebihan kepada negara Parsi itu daripada segi  strategik, diplomatik, komersial dan industri.

0 8,771

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Seorang jeneral Iran mendakwa “prestasi baik” yang ditunjukkan oleh dron-dron berani mati buatan negara itu pada konflik Russia-Ukraine ketika ini telah membuka mata negara-negara Barat termasuk daripada Eropah untuk menimbangkan perolehan dron dari negara yang dianggap sebagai “musuh.”

Jurucakap Kementerian Pertahanan Iran Brig Jen Reza Talaie-Nik sebagaimana dipetik oleh agensi berita Tasnim negara itu berkata, Iran bersedia untuk mengeksport dron-dron berani mati itu kepada negara-negara terbabit sekiranya ia memberikan kelebihan kepada negara Parsi itu daripada segi  strategik, diplomatik, komersial dan industri.

“Terdapat peningkatan minat yang mendadak daripada pelanggan-pelanggan berpotensi untuk memperolehi dron-dron buatan Iran. Iran bersedia untuk mengeksportnya selepas mengambil kira kapasiti produksinya serta keperluan dalam negara,” kata beliau. 

Beliau juga berkata bahawa dron-dron Iran itu akan dijual sekiranya tiada pertimbangan politik dan keselamatan dikenakan terhadap bakal-bakal pelanggan itu serta jaminan dron itu tidak digunakan untuk tujuan tidak baik.

Jeneral Iran itu bagaimanapun tidak mendedahkan nama-nama pelanggan berpotensi termasuk negara Barat dan Eropah yang berminat dengan dron-dron Iran itu.

Iran

Sejak beberapa bulan ini, Iran dilaporkan telah mengeksport beberapa jenis dron kepada Russia bagi membantu kempen ketenteraannya di Ukraine.

Antara dron-dron Iran dieksport ke Russia adalah Shahed-131 dan Shahed-136 yang merupakan dron berani mati yang direka untuk meletup apabila ia merempuh sasarannya.

Manakala Mohajer-6 pula adalah dron yang digunakan untuk tugas-tugas ISR (Intelligence, Surveillance and Reconnaisance).

Disebabkan prestasinya yang baik, Russia juga telah bekerjasama dengan Iran untuk mewujudkan kemudahan pembinaan dron-dron Iran itu di Yelabuga, Tatarstan bagi memastikan ia mendapat bekalan berterusan dron-dron berani mati keluaran negara Parsi itu.

Adalah amat menakjubkan bahawa Iran, walaupun berhadapan dengan sekatan ekonomi yang ketat daripada masyarakat antarabangsa, tetapi masih dapat membangunkan industri pertahananya dan menghasilkan pelbagai jenis sistem persenjataan.

Iran

Selain daripada China, Iran juga menghasilkan pelbagai jenis dron serta peluru berpandu balistiik yang berkemampuan mengancam kepentingan Amerika Syarikat, Israel dan negara-negara Barat serta proksi mereka.

Sementara itu, satu kumpulan penyelidik bebas berpengkalan di Britain dinamakan Conflict Armament Research (CAR) dalam laporan mereka menyatakan bahawa  82 peratus daripada komponen dron Iran yang digunakan oleh Russia di Ukraine diperbuat oleh syarikat-syarikat Amerika Syarikat.

CAR menjalankan kajian terhadap dron Shahed-131, Shahed-136 dan Mohajer-6.

“Kita mendapati terdapat 500 komponen yang berlainan pada ketiga-tiga dron Iran itu. Kita telah mengenalpasti komponen-kompnen itu telah dibuat oleh 70 buah syarikat daripada 13 buah negara berlainan.”

“Dan 82 peratus daripada komponen-komponen itu dibuat di Amerika Syarikat,” kata Damien Spleeters yang mengetuai kumpulan penyelidik itu.

Iran
Dron “Ababil” Iran

 

Kebanyakkan daripada komponen-komponen itu dibuat pada tahun 2021 dan 2022.

Terdapat banyak daripada komponen itu berasal daripada Amerika Syarikat dan negara-negara Kesatuan Eropah, walaupun Iran dikenakan sekatan ketenteraan yang ketat daripada negara-negara itu, katanya.

Ia menunjukkan sekatan yang dikenakan terhadap Iran tidak berkesan, menurutnya.

Syarikat Iran yang membuat dron-dron berkenaan, Iran Aircraft Manufacturing Industries Corporation (HESA) telah dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat sejak tahun 2008.

Selain menemui semikonduktor canggih pada senjata-senjata buatan Iran, kumpulan pengkaji bebas itu turut mengenalpasti cip-cip yang murah dan mudah didapati.

“Banyak daripada cip yang digunakan oleh sistem ketenteraan seperti dron turut digunakan secara meluas oleh barangan keperluan awam,” menurut Prof Chris Miller yang merupakan pengarang buku “Chip Wars” dan tenaga pengajar di Universiti Tufts.

Shahed-136
Dron berani mati “Shahed-136” sebelum membedil sasaran di Kiev. (AFP)

 

Kumpulan penyelidik itu mengatakan, hasil daripada analisis yang dilakukan oleh mereka terhadap dron-dron Iran sejak 2017 menunjukkan bahawa sistem itu bukan sahaja semakin canggih dan moden, tetapi juga semakin berkemampuan daripada segi prestasinya.

Komponen-komponen elektronik yang ditemui pada dron-dron Shahed menunjukkan bahawa dron terbabit berkemampuan untuk terbang tepat ke sasarannya walaupun menerima gangguan elektronik kerana, ia  dilengkapi dengan modul navigasi satelit bagi membolehkannya terus beroperasi di kawasan dimana signal navigasi satelit telah diganggu (jammed).

“Terdapat peningkatan yang besar daripada segi kemampuan dron-dron Iran itu. Mereka (Iran) telah berjaya menambah lebih banyak kemampuan dan ketahanan kepada sistem persenjataan yang mereka eksport,” kata beliau. —  DSA

Donlod

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: haikalhamas73@gmail.com

 

Comments
Loading...