Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

(VIDEO) Iran Dedah Dron Shahed 149 Gaza Dengan Kemampuan Terbang 35 Jam, Radius Operasi 4,000 Km

(VIDEO) Dengan lebar sayap sepanjang 22 meter dan berat pelepasan (Maximum Take Off Weight) seberat 3,100 kg, dron “Gaza” ini memiliki daya tahan penerbangan yang luar biasa sehingga 35 jam dengan kelajuan kruis 350 kilometer sejam.

0 2,838
(DEFENCE SECURITY ASIA) — Baru-baru ini, Angkatan Udara Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) telah mendedahkan dron terbesar dimilikinya yang diberikan nama “Gaza” sempena dengan perjuangan dan pengorbanan penduduk Palestin di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.
Drone “heavy duty” itu telah diperkenalkan semasa “operasi hibrid” yang diadakan bersempena latihan ketenteraan besar-besaran di selatan Iran baru-baru ini.
Komander Tentera Laut IRGC, Laksamana Muda Alireza Tangsiri dipetik sebagai berkata oleh media Iran bahawa dron canggih buatan tempatan yang dikendalikan oleh pasukan elitnya telah melancarkan peluru berpandu dengan keupayaan kecerdasan buatan (AI) semasa latihan laut besar-besaran yang sedang berlangsung di Teluk Parsi.
Dengan lebar sayap sepanjang 22 meter dan berat pelepasan (Maximum Take Off Weight) seberat 3,100 kg, dron “Gaza” ini memiliki daya tahan penerbangan yang luar biasa sehingga 35 jam dengan kelajuan kruis 350 kilometer sejam.
Radius operasi drone Gaza dianggarkan sekitar 4,000 Km, dan ia mampu membawa sehingga 13 peluru berpandu ant-kereta kebal “Sadid-345” dalam satu penerbangan.
Menurut penganalisis, dengan ketahanan dan radius operasinya dron Gaza itu berkemampuan untuk terbang sehingga ke Israel dan pulang semula ke Iran tanpa berhadapan dengan banyak masalah.
Bagi terbang dengan jarak sejauh itu, dron tersebut dipercayai menggunakan sistem navigasi satelit BeiDou dari China atau Glonass dari Russia, hasil perjanjian yang dimeterai pada tahun 2021 dan 2022.
Ini bermakna, dron Gaza tidak perlu bergantung kepada sistem GPS yang lazim digunakan.
Iran mempunyai sejarah panjang dalam aplikasi reverse engineering teknologi Amerika Syarikat, terutamanya dron, dengan yang paling terkenal ialah dron Shahed 171 Simorgh yang berasaskan model dron halimunan RQ-170 milik Amerika.
Dron halimunan RQ-170 milik Amerika Syarikat tersebut dilaporkan berjaya dijatuhkan di Iran pada tahun 2011, kononnya menggunakan peperangan elektronik, walaupun terdapat pelbagai versi bertentangan mengenai kejatuhannya.
Dron Gaza yang dipaparkan dalam gambar yang dikeluarkan baru-baru ini itu penuh dilengkapi dengan peluru berpandu.
Secara teknikalnya ia dikenali sebagai Shahed 149 dan sering dibandingkan dengan drone MQ-9 Reaper milik Amerika Syarikat.
Gaza
Dron Gaza
Houthi
Dron MQ-9B reaper
Sistem pesawat tanpa pemandu Amerika itu terkenal dalam operasi tempur di Iraq, Afghanistan, Pakistan, dan Yaman, dengan keupayaan membawa pelbagai bom berpanduan laser serta dilengkapi kamera canggih dan peralatan peperangan elektronik berteknologi tinggi.
Dron MQ-9 Reaper yang dibangunkan oleh syarikat General Atomics yang mempunyai jarak penerbangan sejauh 1,850km, pernah mencatatkan masa penerbangan selama 42 jam dalam satu misi sambil membawa 450kg senjata.
Ia juga mempunyai kapasiti muatan maksimum sehingga 1,700kg, termasuk tangki bahan api luaran dan peralatan untuk peperangan elektronik, seperti memintas atau mengelirukan komunikasi dan radar musuh.
Drone MQ-9 Reaper ini boleh dikendalikan dari jarak beribu-ribu kilometer menggunakan sistem navigasi GPS milik Amerika Syarikat.
Namun, Amerika kini sedang membangunkan isyarat navigasi satelit khas yang dikenali sebagai M-code, memandangkan navigasi satelit terkenal dengan kelemahannya yang mudah diganggu atau dihalang.
— DEFENCE SECURITY ASIA

Leave A Reply

Your email address will not be published.