Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Invincible”, Kapal Selam Termoden Asia Tenggara Mula Operasi Tahun Depan

0 709

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Bermula tahun depan, Singapura dijangka menerima kapal selam pertama miliknya dibina syarikat Jerman, Thyssenkrupp Marine Systems Shipyard (TKMS) daripada empat dipesan, menjadikannya kapal selam termoden di Asia Tenggara apabila beroperasi kelak.

Kapal selam Type 218SG “RSS Invincible” itu sedang menjalani ujian di lautan di Kiel, dimana limbungan kapal syarikat TKMS terletak.

kapal selam

Tiga lagi kapal selam terbaru Singapura itu, Impeccable, Illustrious dan Inimitable sedang dibina dan kesemuanya dijangka memasuki perkhidmatan tentera laut Singapura pada 2024.

Apa yang menarik tentang kapal selam terbaru Tentera Laut Singapura ini adalah ia direkabentuk khas untuk membolehkan ia beroperasi dengan penuh berkesan di laut-laut yang cetek dan sibuk dengan kapal, sebagaimana yang terdapat di perairan di sekitar rantau Asia Tenggara yang sememangnya sibuk dengan laluan maritim perdagangan.

kapal selam
Kapal selam terbaru Singapura “Invincible” sedang menjalani ujian di laut di Kiel.

“Antara ciri-ciri utama rekabentuk kapal selam terbaru Singapura ini adalah kemampuannya untuk melaksanakan misi pasukan khas,” menurut pakar kapal selam, H I Sutton di dalam portal berita pertahanan, Navalnews.com

Beliau merujuk kepada sistem Horizontal Multi Purpose Airlock yang boleh melancarkan torpedo, penyelam dan pasukan-pasukan komando.

Kapal selam Singapura itu juga dikatanya mempunyai opsyen untuk dilengkapkan dengan Vertical  Multi Purpose Airlock bagi melancarkan peluru berpandu secara menegak.

kapal selam
Kapal selam terbaru Singapura “Invincible” sedang menjalani ujian di laut di Kiel.

Kesemua kapal selam terbaru Singapura itu mempunyai berat 2,200 tan (apabila di bawah permukaan) dan kelajuan 15 knot.

Ia memiliki panjang 70 meter dan lebar lebih 6 meter.

Kapal selam Singapura ini memiliki lapan corong torpedo yang bukan sahaja boleh melancarkan torpedo berkaliber 533mm tetapi juga peluru berpandu anti kapal.

kapal selam
Kapal selam terbaru Singapura “Invincible” sedang menjalani ujian di laut di Kiel.

Ia juga akan dilengkapi dengan Air Independent Propulsion (AIP) menggunakan teknologi Fuel Cell yang membolehkan kapal selam itu menyelam 50 peratus lebih lama berbanding kapal-kapal selam yang lain.

Sistem kombatnya pula direkabentuk oleh Atlas Elektronik dan ST Elektronics.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...