Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Hyundai Heavy Industries Sasar Program Kapal LMS Batch 2 TLDM

Pernyataaan hasrat oleh syarikat Korea Selatan, Hyundai Heavy Industries (HHI) itu bakal memberikan cabaran getir kepada syarikat-syarikat Turkiye, Itali,Belanda dan lain-lain yang yang turut mensasarkan program LMS Batch 2 untuk TLDM.

0 3,788

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Bukan sahaja pesawat pejuang ringan FA-50 Block 20, tetapi syarikat pembinaan kapal Korea Selatan juga mensasarkan program pembinaan tiga buah kapal Littoral Mission Ship (LMS) Batch 2 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Pernyataaan hasrat oleh syarikat Korea Selatan, Hyundai Heavy Industries (HHI) itu bakal memberikan cabaran getir kepada syarikat-syarikat Turkiye, Itali,Belanda dan lain-lain yang yang turut mensasarkan program LMS Batch 2 untuk TLDM.

Ketiga-tiga buah kapal LMS Batch 2 TLDM itu dijangka dibina pada kos lebih daripada RM2 bilion dan ia lebih mahal berbanding empat buah kapal LMS Batch 1 buatan China kerana ia bukan sahaja lebih besar tetapi juga memiliki kemampuan kombat yang lebih jitu.

LMS Batch 2
Rekabentuk HDC-2000 oleh Hyundai Heavy Industries untuk program LMS Batch 2 TLDM.

 

Ya,kapal-kapal LMS Batch 2 TLDM akan memiliki kemampuan peluru berpandu anti-kapal dan peluru berpandu anti-pesawat. (kemampuan LMS Batch 2 ini menghampiri kemampuan korvet atau light frigate)

Kontrak pembinaan tiga buah kapal LMS Batch 2 itu dijangka dimeterai pada tahun ini, manakala pembinaan lima buah lagi kapal yang sama akan dibina pada Rancangan Malaysia Ke-13.

Pada LIMA ’23 yang baru sahaja berakhir di Langkawi baru-baru ini, syarikat HHI yang sememangya terkenal dengan pembinaan kapal-kapal komersial dan tentera laut telah memperkenalkan model HDC-2000 Littoral Mission Ship untuk program LMS Batch 2 TLDM.

Model kapal HDC-2000 adalah berdasarkan kepada model HDF-2600 dua buah kapal friget kelas-Jose Rizal, BRP Jose Rizal dan BRP Antonio Luna yang sedang dioperasi oleh Tentera Laut Filipina pada ketika ini.

Kedua-dua kapal friget Tentera Laut Filipina itu mempunyai berat 2,600 tan,panjang 107 meter dan mampu belayar selaju 25 knot.

LMS
Tiga daripada empat kapal LMS Batch 1 milik TLDM yang dibina oleh syarikat China, CSOC.

 

Mengenai sistem persenjataannya, ia antara lain dilengkapi dengan meriam Oto Melara 76mm, ASELSAN SMASH 30MM, peluru berpandu anti-kapal SSM-700K C-Star dan torpedo Blue Shark dimana kedua-dua persenjataan itu dibangunkan oleh firma LIG NEX1 dari Korea Selatan.

Mengenai Combat Management System yang menimbulkan pertikaian sehingga menyebabkan Panglima Tentera Laut Filipina dipecat, kedua-dua buah kapal friget kelas-Jose Rizal itu menggunakan sistem Naval Shield yang dibangunkan oleh Hanhwa System.

“Syarikat kami berbangga dengan tahap kepuasan hati operator-operator luar yang menggunakan produk-produk kami yang juga kos-effektif. HHI akan berhubungan secara aktif dengan TLDM dan juga Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia bagi program Multi-Purpose Mission Ship secara selari dengan program LMS Batch 2,” menurut jurucakap HHI sebagaimana dipetik oleh portal pertahanan antarabangsa, Naval News baru-baru ini.

Rekabentuk HDC-2000 Littoral Mission Ship yang dicadangkan oleh HHI itu dikatakan hanya siap pada tahun lepas.

covid
Kapal friget Tentera Laut Filipina BRP Jose Rizal.

 

Dengan berat 2,000 tan, panjang 95 meter, kapal LMS HDC-2000 mampu mencapai kelajuan 25 knot dengan radius operasi sejauh 4,000 batu nautika dan 72 orang anak kapal.

Ia boleh dilengkakan dengan dua pelancar sistem peluru berpandu anti-kapal, lapan sel Vertical Launching System (VLC) bagi peluru berpandu anti-pesawat, torpedo, meriam utama dan Close-In Weapon System (CIWS).

Mengenai CMS di kapal model HDC-2000 Littoral Mission Ship, ia berkemungkinan besar akan dipilih sendiri oleh pelanggan sendiri berdasarkan kesesuaiannya. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

Comments
Loading...