Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Helikopter Fennec TLDM Mendarat Cemas di Lumut

Bahagian Komunikasi Strategik, Markas Pemerintahan Armada Barat dalam kenyataan berkata, kesemua kru yang terlibat dalam insiden tersebut berjaya diselamatkan.

1,153

 

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Sebuah helikopter AS 555 SN Fennec milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah melakukan pendaratan cemas di Pangkalan TLDM Lumut, hari ini.

Bahagian Komunikasi Strategik, Markas Pemerintahan Armada Barat dalam kenyataan berkata, kesemua kru yang terlibat dalam insiden tersebut berjaya diselamatkan.

“Semua kru kini sedang menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut,

“Insiden juga tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada orang awam dan kawasan insiden terkawal,” jelas kenyataan itu.

Gambar Media Sosial

 

TLDM juga berkata, pihaknya juga akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenalpasti punca kejadian.

Insiden tersebut merupakan kemalangan pertama melibatkan pesawat TLDM sepanjang lebih 30 tahun penubuhan Skuadron Udara TLDM iaitu KD Rajawali yang berpangkalan di Lumut.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments are closed.