Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat Hawk TUDM, F-16 Singapura Laksana Latihan Landaway Di Kuantan, Changi

Dalam masa yang sama, dua buah pesawat F-16 milik Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) telah melaksanakan latihan LANDAWAY di Pangkalan Udara Kuantan.

0 1,732

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dua buah pesawat pejuang Hawk milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melakukan latihan LANDAWAY di Pangkalan Udara Changi, Singapura sempena dengan  Eksesais BERSAMA LIMA 2023.

Dalam masa yang sama, dua buah pesawat F-16 milik Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) telah melaksanakan latihan LANDAWAY di Pangkalan Udara Kuantan.

Perkara itu dinyatakan menerusi posting FB MyJointForce.

“Kerjasama antara TUDM dan RSAF menyaksikan kedua-dua pasukan menjalankan latihan taktikal serta meningkatkan kerjasama antara kedua-dua negara.”

“Beroperasi diluar pangkalan udara negara masing-masing memberikan pendedahan kepada juruterbang serta krew sokongan untuk membangunkan kemahiran serta meningkatkan keupayaan mereka untuk mengendalikan pesawat di lokasi yang berbeza,” menurut kenyataan media sosial itu.

Hawk
(My Joint Force)

 

Latihan “LANDAWAY”  juga telah meningkatkan kerjasama operasi secara taktikal dan mengukuhkan hubungan ketenteraan secara profesional antara TUDM dan RSAF.

Lebih 2,300 anggota tentera negara-negara Peraturan Pertahanan Lima Negara (FPDA) iaitu Australia, Malaysia, New Zealand, Singapura dan United Kingdom menyertai Eksesais BERSAMA LIMA 2023 (BL23) bermula 2 hingga 20 Okt ini.

Eksesais BERSAMA LIMA 2023 ini dilaksanakan secara Field Training Exercise (FTX) di sebahagian kawasan perairan, darat, udara Semenanjung Malaysia dan Singapura termasuk kawasan perairan serta udara Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia di Laut China Selatan.

Hawk
F-16 RSAF
Hawk
(My Joint Force)

 

Bersesuaian dengan falsafah perjanjian FPDA yang bersifat defensif, Eksesais BERSAMA LIMA 2023 bukanlah sebagai satu bentuk ancaman kepada negara-negara sekitar, tetapi ia adalah latihan yang telah dirancang sesuai dengan tahap profesionalisme Angkatan Tentera negara-negara FPDA.

“Eksesais ini memberi peluang serta ruang kepada negara FPDA berkongsi kepakaran dan pendapat dalam menghadapi sebarang bentuk konflik pada masa hadapan.”

Eksesais BERSAMA LIMA  ini dilaksanakan pada setiap tahun secara bergilir oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan SAF.

Tujuan Eksesais BERSAMA LIMA  adalah untuk melatih keupayaan pasukan pertahanan FPDA di dalam mengatur-gerak, merancang dan menjalankan operasi di peringkat Combined Joint Task Force (CJTF) dengan mengkhususkan kepada integrasi taktikal gabungan dan bersama pada persekitaran pelbagai ancaman. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: haikalhamas73@gmail.com

 

Comments
Loading...