Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Dari “Krueger” Ke “Gunjiz”, Panglima TUDM Yang Baru

Jeneral Datuk Seri Mohd Asghar Khan Goriman Khan atau callsign beliau "Gunjiz" merupakan juruterbang pesawat pejuang dan pernah menjadi Pegawai Memerintah No 19 Skuadron MiG-29N dan Pegawai Memerintah No 11 Skuadron SU-30MKM. Bukan Kaleng-Kaleng.

3,324

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Timbalan Panglima Tentera Udara Diraja Malysia (TUDM) Jen Datuk Seri Mohd Asghar Khan Goriman Khan atau callsign beliau “Gunjiz” dilantik sebagai Panglima TUDM yang ke-20 berkuat kuasa hari ini. 

Beliau menggantikan “Krueger” aka Jen Tan Sri Ackbal Abdul Samad yang bersara wajib pada September ini. 

Upacara pemakaian pangkat Jeneral kepada Mohd Asghar Khan dipakaikan sendiri oleh Ackbal yang disaksikan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jen Tan Sri Affendi Buang di Pangkalan Udara Subang, di sini.

Kedua-dua mereka adalah juruterbang pesawat pejuang yang amat berpengalaman.

Mohd Asghar Khan berkata pengalamannya sebagai Timbalan Panglima TUDM selama dua tahun dibawah pimpinan Ackbal akan digunakan bagi meneruskan usaha dalam memantapkan pasukan udara itu. 

TUDM
(TUDM)

 

“Kami melalui cabaran dalam menghadapi situasi negara yang berhadapan dengan COVID-19 dan usaha tersebut ini akan diteruskan bagi menerajui pasukan.

 “Terima kasih atas kepercayaan kepada saya untuk menerajui TUDM,” katanya pada sidang media selepas majlis perbarisan persaraan Panglima Tentera Udara ke-19 dan serah terima tugas di Pangkalan Udara Subang di sini, hari ini.

Mohd Asghar Khan, 57, anak kelahiran Selangor menyertai ATM pada 1983 sebagai pegawai kadet di Maktab Tentera Diraja sebelum memulakan kerjaya sebagai juruterbang pesawat pejuang TUDM pada 1985.

Di sepanjang kerjaya, “Gunjiz” telah menerbangkan pesawat pejuang A4 Skyhawk, F-5E, MiG-29N dan Sukhoi 30MKM.

Beliau telah menjalani kursus jurulatih penerbangan di RAAF East Sale, Australia pada tahun 1992 dan merupakan jurulatih pesawat F-5E dan MiG-29N.

Krueger
(TUDM)

 

Di sepanjang perkhidmatannya, beliau telah diberi kepercayaan memegang pelbagai jawatan penting di dalam TUDM dan ATM sebagai pemerintah, staf dan jurulatih.

Antaranya adalah Pegawai Memerintah No 19 Skuadron MiG-29N dan Pegawai Memerintah No 11 Skuadron SU-30MKM.

Selain itu beliau juga pernah dilantik sebagai Komander Pangkalan PU Gong Kedak,  Asisten Ketua Staf Operasi dan Strategi (Markas Tentera Udara), AKS Operasi dan Latihan (J3) Markas Angkatan Bersama dan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara.

TUDM
(TUDM)

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

 

“Gunjiz” telah dilantik sebagai Timbalan Panglima Tentera Udara pada 3 Januari 2020.

Panglima TUDM yang baru ini telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Bibi Nasratjahan binti Gulab Khan pada 3 Apr 1993.

Pasangan ini telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu seorang lelaki dan dua orang perempuan.

Waktu lapang beliau sering digunakan untuk membaca dan berkebun. — DSA

TUDM
(TUDM)

Comments are closed.