Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal Friget, Helikopter ASW British Dengan Mudah Kesan Kapal Selam China

Ia adalah perkembangan yang mungkin “membimbangkan” kepada Beijing kerana kapal-kapal dan helikopter ASW (Anti-Submarine Warfare) Tentera Laut British dengan mudah dapat mengesan kedudukan kapal-kapal selam China.

0 19,718

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal-kapal friget dan helikopter  ASW  (anti-submarine warfare) Tentera Laut British telah berjaya mengesan kehadiran beberapa buah kapal selam China ketika mereka mengiringi kapal pengangkut pesawat, HMS Queen Elizabeth belayar di Laut China Selatan pada Ogos dan Oktober lepas, sebagaimana dilaporkan oleh media British hari ini.

Ia adalah suatu perkembangan yang “membimbangkan” kepada Beijing kerana kapal-kapal dan helikopter ASW (Anti-Submarine Warfare) Tentera Laut British dengan mudah dapat mengesan kedudukan kapal-kapal selam China. yang tidak diketahui jenisnya.

Ia juga menunjukkan bahawa teknologi kapal selam China masih beberapa langkah di belakang negara-negara Barat, walaupun Beijing cuba menjadikan kapal-kapal selamnya lebih halimunan.

“Di dalam beberapa kejadian, kami (tentera British) dengan penuh keyakinan tahu di mana kedudukan kapal-kapal selam mereka (China),” kata pegawai memerintah UK Carrier Strike Group (CSG21) Komodor Steve Moorhouse.

Kapal-kapal selam China itu berada berhampiran dengan HMS Queen Elizabeth untuk memantau pelayaran kapal pengangkut pesawat British itu di Laut China Selatan, yang mana 90 daripada peratusan keluasan perairan yang penting untuk perdagangan dunia itu didakwa milik China.

HMS Queen Elizabeth
Kapal HMS Queen Elizabeth bersama kapal-kapal Tentera Laut India.

 

Moorhouse juga berkata, kejayaan mengesan kedudukan kapal-kapal selam China itu adalah amat bagus untuk anak-anak kapal CSG21 dalam mempertajamkan lagi skill mereka dalam aspek peperangan anti-kapal selam.

Kejayaan mengesan kedudukan kapal-kapal selam China itu katanya, membantu HMS Queen Elizabeth belayar di Laut China Selatan dengan selamat.

Selepas beberapa bulan menghabiskan masa di Indo-Pasifik termasuk Laut China Selatan, kapal pengangkut pesawat British dan kapal-kapal pengiring daripada pelbagai negara kini dalam perjalanan pulangnya ke Britain.

Sejak memulakan pelayarannya ke Indo-Pasifik pada Mei lepas, CSG21 yang diketuai oleh HMS Queen Elizabeth telah belayar sejauh 40,000 batu nautika.

TLDM
HMS Queen Elizabeth diiringi kapal TLDM. (Gambar kredit Commodore Steve Moorhouse di @smrmoorhouse)

Selain berhadapan dengan ancaman daripada kapal-kapal selam China, HMS Queen Elizabeth juga memantau “kehadiran” pesawat-pesawat pejuang negara itu berhampiran kapal pengangkut pesawat kebanggaan Tentera Laut British itu.

“Pesawat-pesawat pejuang China juga berada di ruang udara berhampiran kapal pengangkut pesawat British itu , tetapi pesawat China itu telah bertindak secara professional dengan berpatah balik apabila mereka berada dalam radius pelancaran peluru-peluru berpandu yang dibawanya iaitu kira-kira 150 batu.”

“Ia adalah seperti permainan di antara kucing dan tikus,” kata Komodor itu sambil menambah, memandangkan pesawat-pesawat pejuang China itu beroperasi pada kedudukan 150 batu,maka pihaknya tidak nampak keperluan untuk scramble pesawat-pesawat F-35B Tentera Amerika dan British di atas kapal HMS Queen Elizabeth untuk memintas mereka.

Beliau menyifatkan pesawat-pesawat pejuang China itu bertindak secara “profesional dan selamat”, dengan mereka hanya beroperasi kira-kira 150 batu daripada kapal pengangkut pesawat itu.

Ia adalah berlainan daripada apa yang dilakukan oleh Russia ketika ia cuba menganggu pelayaran HMS Queen Elizabeth di perairan timur Mediterranean.

F-35B
Pesawat-pesawat F-35B beroperasi daripada atas kapal HMS Queen Elizabeth.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...