Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Filipina Tingkat Aset Tentera Laut Di Laut China Selatan Untuk Lindungi Nelayannya

0 691

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Filipina akan mengerah lebih banyak aset dan anggota tentera lautnya ke Laut China Selatan untuk melindungi nelayannya, berikutan pengenalan undang-undang pengawal pantai China yang baru.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Panglima Angkatan Tentera Filipina yang baru Lt Gen Cirilito Sobejana.

Filipina
Nelayan Filipina memerhati sebuah kapal pengawal pantai China.

Undang-undang pengawal pantai China itu membenarkan kapal-kapal pengawal pantai negara itu melepaskan tembakan terhadap mana-mana pihak asing yang menceroboh perairan China termasuk lebih 90 peratus kawasan perairan Laut China Selatan yang didakwa sebagai miliknya.

“Kita akan meningkatkan kehadiran kita menerusi kerahan lebih banyak aset tentera laut, tetapi saya mahu menjelaskan bahawa kehadiran tentera laut kita bukanlah untuk mencetus peperangan dengan China tetapi mahu melindungi nelayan kita. Pengumuman oleh China bahawa pasukan pengawal pantai mereka boleh menembak mana-mana pihak yang menceroboh perairan mereka adalah amat mencemaskan.”

Nelayan

“Ia adalah kenyataan yang tidak bertanggungjawab kerana orang kita bukan ke kawasan yang dipertikaikan untuk berperang tetapi mencari rezeki,” kata Sobejana.

Undang-undang baru China itu boleh mencetuskan “miscalculations” sehingga menyebabkan konflik bersenjata di Laut China Selatan.

China mengerahkan kapal-kapal pengawal pantainya ke kawasan-kawasan perairan di Laut China Selatan yang didakwa sebagai miliknya termasuk kawasan sekitar Beting Patinggi Ali (Luconia Shoals), luar pantai Sarawak.

Tindakan China menghantar kapal-kapal pengawal pantainya ke pantai Sarawak menerima respons daripada Malaysia yang turut menghantar kapal-kapal pengawal pantainya dan TLDM untuk “shadow” tindakan agresif Beijing itu.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...