Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Filipina Hantar Empat Pesawat Pejuang Ringan FA-50PH Sertai Eksesais Pitch Black 2024

Jika Malaysia menghantar tiga buah pesawat pejuang F/A-18D Hornet ke Eksesais Pitch Black 2024 di Australia, negara jirannya, Filipina pula telah menghantar empat buah pesawat pejuang ringan FA-50PH ke latihan tentera udara yang besar itu.

0 3,147

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Jika Malaysia menghantar tiga buah pesawat pejuang F/A-18D Hornet ke Eksesais Pitch Black 2024 di Australia, negara jirannya, Filipina pula telah menghantar empat buah pesawat pejuang ringan FA-50PH ke latihan tentera udara pelbagai negara itu.

Eksesais Pitch Black 2024 yang turut disertai oleh 20 buah negara seluruh dunia itu bermula pada 12 Julai hingga 2 Ogos.

Ini merupakan latihan luar negara pertama disertai oleh pesawat-pesawat pejuang yang diperolehi oleh Tentera Udara Filipina pada tahun 2014.

Tentera Udara Filipina memiliki 12 buah pesawat pejuang ringan FA-50PH yang dibangunkan oleh syarikat aeroangkasa Korea Selatan, Korea Aerospace Industries (KAI).

Kesemua 12 buah pesawat pejuang ringan FA-50PH itu kini berkhidmat di 5th Fighter Wing Tentera Udara Filipina.

Dalam satu kenyataan baru-baru ini, jurucakap Tentera Laut Filipina Kolonel Ma Consuelo Castillo berkata keempat-empat pesawat pejuang FA-50PH itu tiba di Darwin bersama-sama pesawat pengangkut C-130 Hercules.

Filipina
(kredit internet)

 

Selain Filipina, Thailand dan Indonesia juga merupakan negara-negara Asia Tenggara yang menggunakan varian pesawat pejuang/latihan FA-50/T-50.

Thailand memiliki 14 buah pesawat T-50, Filipina (12 buah FA-50) manakala Indonesia pula mengoperasikan 22 buah pesawat T-50.

Manakala Malaysia pada Mei tahun lepas, telah menandatangani perjanjian dengan Malaysia bernilai kira-kira RM4 bilion untuk memperolehi 18 buah varian terkini pesawat pejuang ringan FA-50 Block 20 dikenali sebagai FA-50M.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan mula menerima pesawat-pesawat pejuang itu bermula pada akhir tahun 2026.

Varian FA-50M yang dibeli Malaysia adalah lebih canggih dan berkeupayaan lebih tinggi berbanding FA-50 yang dikendalikan Tentera Udara Republik Korea Selatan (ROKAF) dan negara lain termasuk di rantau ini iaitu Thailand Filipina dan Indonesia.

Pada masa ini, hanya TUDM dan Tentera Udara Poland memilih untuk varian terkini “Fighting Eagle” ini.

Filipina
(kredit internet)

 

Varian pesawat pejuang FA-50 Malaysia akan memiliki keupayaan sama dengan FA-50 yang dibeli oleh Poland, dengan kedua-dua pasukan tentera udara berkenaan mengoperasikan varian FA-50 yang dilengkapkan dengan radar Active Electronically Scanned Array (AESA) dan alat mengenal pasti sasaran termaju ‘Sniper’.

Poland memperolehi 48 buah pesawat FA-50 terdiri daripada kombinasi varian Block 20 dan Block 10.

Selain radar AESA “PhantomStrike” yang dibangunkan oleh RTX itu (dahulunya dikenali sebagai Raytheon) dan Sniper ATP, pesawat pejuang ringan FA-50M akan diperoleh Malaysia itu juga dilengkapi prob untuk pengisian bahan api di udara “Chobham” bagi misi jarak jauh.

Selain itu pesawat FA-50 Block 20 TUDM itu juga akan dilengkapi dengan dengan kelengkapan radio U/VHF yang hampir sama digunakan digunakan oleh varian terkini pesawat pejuang F-16 Block 70.

Pesawat FA-50 Block 20 yang digunakan oleh TUDM itu juga dilaporkan bakal dilengkapi dengan “Link 16 Block Upgrade 2” (military tactical data link) yang selamat, secure, bebas daripada usaha pemintasan pihak musuh dan lain-lain lagi.

Varian terkini FA-50 juga berkeupayaan untuk membawa bom berpandu tepat dan lain-lain senjata canggih.

Filipina
(kredit internet)
Filipina
(kredit internet)

 

Pesawat pejuang ringan FA-50PH merupakan pesawat pejuang paling berkemampuan milik Tentera Udara Filipina, tetapi, negara Asia Tenggara itu dijangka memutuskan tidak lama pesawat pejuang MRCA pilihan mereka tidak lama lagi.

Dua buah pesawat pejuang MRCA bersaing hebat untuk merebut kontrak daripada Filipina itu iaitu, F-16 yang dibangunkan oleh Lockheed Martin daripada Amerika Syarikat dan juga JAS39 Gripen yang dibangunkan oleh syarikat Saab Group daripada Sweden.

Menurut pemerhati pertahanan serantau, pesawat pejuang JAS39 Gripen buatan Sweden disifatkan sebagai frontrunner dalam persaingan di Filipina itu.

Selain pesawat-pesawat MRCA, Tentera Udara Filipina juga telah menyatakan hasrat mereka menambah pegangan pesawat FA-50 yang dibangunkan oleh syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) terutamanya varian pesawat itu yang lebih berkemampuan.

“Ya,ia adalah opsyen (untuk menambah pesawat FA-50). Pesawat FA-50 adalah pesawat latihan lead-in yang baik malah ia diboleh dikatakan pesawat pejuang pelbagai guna (multi-role) kerana ia boleh melaksanakan operasi udara-ke-udara dan udara-ke-darat.”

“Pesawat menyediakan juruterbang dengan peluang latihan yang amat baik sebelum mereka beralih ke pesawat yang lebih canggih,” kata Panglima Tentera Udara Filipina Lt Jeneral Connor Anthony Canlas Sr sebagaimana dipetik oleh Philippine News Agency pada tahun 2022. — DSA

Comments
Loading...