Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Filipina Belanja RM328 Juta Lengkapkan Tenteranya Dengan Sistem, Peluru Berpandu Buatan Israel

Firma Rafael itu mengesahkan penganugerahan kontrak berkenaan daripada sebuah negara Asia dalam satu kenyataan baru-baru ini, tetapi enggan mendedahkan identiti negara yang menganugerahkan kontrak berkenaan. Bagaimanapun, ia kemungkinan besar merujuk kepada Filipina.

0 2,665

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Filipina dipercayai telah menganugerahkan kontrak bernilai RM328 juta kepada “Rafael Advanced Defense Systems”, sebuah firma pertahanan Israel untuk membekalkan sistem peperangan tentera laut (naval warfare system) bagi keperluan bot-bot serang laju jenis “Shaldag Mark V” miliknya yang dibelinya daripada Israel.

Firma Rafael itu mengesahkan penganugerahan kontrak berkenaan daripada sebuah negara Asia dalam satu kenyataan baru-baru ini, tetapi enggan mendedahkan identiti negara yang menganugerahkan kontrak berkenaan.

Bagaimanapun, ia kemungkinan besar merujuk kepada Filipina yang sejak beberapa tahun kebelakangan ini berbelanja besar untuk meningkatkan sistem dan aset-aset pertahanan angkatan tenteranya, dengan firma-firma pertahanan Israel menjadi pilihan Manila.

Kontrak terbaru yang diberikan oleh kerajaan Presiden Rodrigo Duterte itu adalah untuk tempoh tiga tahun yang akan menyaksikan firma Israel itu membekalkan sistem-sistem seperti berikut: “Combat Management System, Typhoon & Mini-Typhoon Remote Control Weapon Systems, Naval SPIKE Missiles, Sea-Com Internal Communication System & BNET Tactical Data Link.”

Kontrak itu juga termasuk aspek-aspek selenggaran dan perkhidmatan bantuan.

Spike
Peluru berpandu SPIKE NLOS dengan sistem pelancar Typhoon yang bakal dilengkapkan di kapal Shaldag Mk-5.

 

Pada awal tahun ini, Filipina membelanjakan kira-kira RM800 juta untuk membeli sembilan buah bot serang laju (fast attack craft – FAC) jenis “Shaldag Mk-5” daripada syarikat Israel Shipyards.

Bot serang laju “Shaldag Mk-5” yang panjangnya adalah kira-kira 32 meter dengan displacement 95 tan telah direkabentuk untuk tugas-tugas rondaan di kawasan pesisir pantai dan sungai serta misi-misi pasukan khas.

Kemungkinan besar, bot-bot Shaldag MK 5 itu akan digunakan oleh pasukan-pasukan komando tentera Filipina terutama di kawasan selatan negara itu yang mempunyai banyak pulau terpencil dan menjadi tumpuan kumpulan-kumpulan pengganas.

Untuk versi Mk-5 ia boleh mencapai kelajuan 40 knot manakala bagi MKII pula adalah sekitar 45 knot.

Kontrak G-to-G (government-to-government) ini membuktikan lagi kerjasama hubungan kerjasama pertahanan yang erat antara Filipina dengan Israel, yang sebelum turut menyaksikan Manila memperolehi beberapa sistem pertahanan untuk ketiga-tiga cabang angkatan tenteranya serta pasukan polis.

Peluru berpandu SPIKE NLOS yang bakal melengkapkan kesemua bot serang laju Shaldag MK 5 yang bakal digunakan oleh Tentera Filipina itu mampu membedil sasaran sejauh kira-kira 25km.

Typhoon
“Typhoon” adalah sistem Remote Control Weapon System (RCWS) untuk kapal-kapal tentera laut.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...