Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Singapura Mahu Tambah Pembelian F-35?

Sejak bersetuju untuk memperolehi di antara lapan hingga 12 buah F-35B (Short Take-Off Vertical Landing) pada 2020, republik itu sememangnya dijangka akan menambah pegangan pesawat generasi kelima itu bagi menggantikan 60 buah F-16C/D miliknya.

5,275

 

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Singapura dilapor sedang menimbangkan sama ada hendak memperolehi varian berlainan pesawat pejuang F-35 walaupun ia telah bersetuju sebelum ini untuk membeli varian F-35B yang boleh berlepas daripada landasan pendek dan mendarat secara menegak (vertikal).

Pesawat pejuang generasi kelima, F-35 yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin mempunyai tiga varian iaitu F-35A yang beroperasi menggunakan landasan konvensional, F-35B yang merupakan varian Short Take-Off Vertical Landing (STOVL) dan varian F-35C yang beroperasi dari kapal-kapal pengangkut pesawat.

Seorang pegawai Kementerian Pertahanan republik itu mendedahkan perkara itu kepada portal pertahanan antarabangsa, Defense News ketika eksesais Pitch Black yang berlangsung di Australia baru-baru ini.

F-35B
Pesawat F-35B (Short Take-Off and Vertical Landing)

 

Negara jiran Malaysia itu telah bersetuju untuk memperolehi di antara lapan hingga 12 buah F-35B beberapa tahun dahulu untuk menggantikan kira-kira 60 buah pesawat F-16C/D yang ia cadang tamatkan perkhidmatannya bermula pada tahun-tahun 2030-an.

Singapura sememangnya dijangka akan menambah pegangan pesawat F-35 pada tahun-tahun akan mendatang sebagai tambahan kepada perolehan awal F-35B yang dibuatnya pada tahun 2020.

Republik itu dijangka akan mula menerima pesawat F-35B yang dipesannya bermula pada tahun 2026, bagi menjadikannya sebagai negara Asia Tenggara yang pertama mengoperasikan pesawat pejuang generasi kelima.

Antara sebab utama mengapa ia memilih untuk memiliki varian F-35 yang boleh berlepas daripada landasan pendek dan mendarat secara menegak adalah kerana faktor tanah yang terhad di republik itu.

Selain Singapura, sebuah lagi negara jiran Malaysia iaitu Thailand juga bercadang untuk memperolehi sehingga lapan buah pesawat pejuang F-35 buatan Amerika Syarikat itu.

F-16
Pesawat F-16 Singapura di salah sebuah pangkalan udara negara itu.

 

Walaupun Bangkok bercadang memperolehi pesawat F-35 untuk menggantikan pesawat F-16 milik tentera udaranya yang telah berusia, namun ia mendapat tentangan hebat daripada Parlimen negara itu.

Usaha perolehan F-35 oleh Thailand masih terumbang-ambing pada ketika ini disebabkan “tentangan” daripada anggota Parlimen negara itu, disamping kerajaan Amerika Syarikat masih belum memberikan kelulusan kepada Bangkok untuk memperolehi pesawat pejuang kelima itu.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE  

 

Bagi Malaysia, pelan di bawah Cap55 Tentera Udara Diraja Malaysia menggariskan bahawa ia akan hanya menukar pesawat-pesawat pejuang Multi Role Combat Aircraft (MRCA) sedia adanya iaitu lapan buah F/A-18D Hornet dan 18 buah Sukhoi Su-30MKM pada tahun-tahun 2035 dan 2040.

“Banyak masa” untuk kita memikirkan pesawat-pesawat pejuang MRCA generasi kelima atau keenam atau ketujuh yang bakal diperolehi oleh kita selepas menamatkan khidmat pesawat-pesawat pejuang F/A-18D atau Su-30MKM. – – DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

 

 

Comments are closed.