Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Jepun Bersarakan Lebih 100 Buah F-15J Miliknya. Lupus Atau Jual Semula?

Jepun memiliki kira-kira 213 buah pesawat F-15J yang dibina secara berlesen dalam negara oleh syarikat tempatan, Mitsubishi Heavy Industries, dengan separuh daripada keseluruhan pesawat itu dilengkapi dengan enjin Pratt & Whitney F100 Turbofan yang tidak dinaiktaraf kepada konfiguasi MSIP (Multi-Stage Improvement Program).

0 5,346

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Udara Jepun (Japan Air Self-Defense Force) bakal membersarakan separuh daripada 200 buah pesawat pejuang F-15J miliknya atas faktor keusangan kerana enjin Pratt & Whitney F100 Turbofan digunakannya tidak dinaiktaraf ke konfigurasi Multi-Stage Improvement Program (MSIP).  

Disebabkan ia tidak dinaiktaraf ke konfigurasi MSIP yang membolehkan ia menyokong pelancaran peluru berpandu terbaru, maka enjin dan pesawat pejuang itu dikategorikan sudah usang.

President IHI Corp Hiroshi Ide memberitahu wartawan negara itu pada Mei 9 bahawa kira-kira 200 buah enjin Pratt & Whitney F100 Turbofan yang digunakan oleh pesawat-pesawat F-15J Jepun perlu dilupuskan apabila ia dibersarakan.

F-15J

Jepun memiliki kira-kira 213 pesawat F-15J yang dibina secara berlesen dalam negara oleh syarikat tempatan, Mitsubishi Heavy Industries, dengan separuh daripada pesawat ini dilengkapi dengan enjin F100 yang tidak dinaiktaraf kepada konfiguasi MSIP.

Tahun 1982 merupakan tahun pertama di mana Jepun mula mengoperasikan pesawat pejuang F-15J dan pada ketika mula memperkenalkannya ia merupakan pesawat pejuang tercanggih dioperasi oleh sebuah negara Asia Timur. 

Jepun akan menggantikan pesawat-pesawat F-15J yang ditamatkan khidmat itu dengan pesawat pejuang generasi kelima, F-35 daripada Amerika Syarikat. (Mungkin Jepun juga berpandangan adalah lebih baik berbelanja besar memperolehi pesawat baru daripada berbelanja untuk menaiktaraf pesawat lama)

Mengenai persoalan sama ada Jepun dibenarkan “memindahkan” pesawat-pesawat F-15J yang ditamatkan khidmat itu kepada negara luar, jawapannya adalah ia bergantung kepada persetujuan Amerika Syarikat sebagai negara yang membina pesawat pejuang itu.

Selain itu, undang-undang pacifist sedia ada Jepun juga melarang pemindahan sistem persenjataan terutamanya senjata offensif kepada negara luar, walaupun usaha sedang giat dijalankan bagi membolehkan Tokyo berbuat demikian.

F-15J
Pesawat F-15J Jepun

 

Kalau sistem non-offensif tiada masalah bagi Jepun untuk memindahkannya kepada negara luar, sebagaimana yang dilakukannya pada ketika ini seperti kapal-kapal pengawal pantai, radar dan lain-lain lagi.

Menurut Hiroshi lagi, pihaknya sedang berbincang dengan parti pemerintah Jepun bagaimana cara untuk melupuskan enjin-enjin terbabit, termasuk memindahkannya kepada negara luar.

Negara-negara luar yang berminat untuk mendapatkan pesawat-pesawat pejuang F-15J yang dilengkapi dengan enjin Pratt & Whitney F100 Turbofan sama ada sebagai “stop gap measures” sehingga mereka memiliki pesawat pejuang baru, mereka perlu bersedia untuk mengeluarkan belanja yang besar untuk menaiktaraf enjin berkenaan bagi membolehkan ia berkemampuan melancarkan peluru-peluru berpandu terkini.

Kos menaiktaraf enjin bukanlah sesuatu yang murah.

F-15J
Pesawat F-15J Jepun

 

Enjin Pratt & Whitney F100 Turbofan mula dipasang pada pesawat pejuang F-15 pada tahun 1972 dan sejak penerbangan pertama menggunakan enjin Pratt and Whitney itu, beberapa varian enjin itu telah diperkenalkan dengan ciri-ciri peningkatan prestasi.

Antara varian enjin Pratt & Whitney F100 Turbofan di pasaran adalah F100-PW-200, F100-PW-220 dan F100-PW-229.

Varian terkini enjin F100 menerapkan teknologi generasi kelima seperti “advanced thermal coatings, improved turbine cooling capabilities dan prognostics serta ciri-ciri engine health monitoring” menjadikan ia pilihan kepada pengguna pesawat pejuang F-15 dan F-16 di Eropah, Timur Tengah dan Asia.

 Enjin F100 masih dalam produksi, dengan lebih daripada 7,300 enjin berkenaan telah diproduksi secara keseluruhannya dengan 3,800 masih digunakan oleh 23 tentera udara di seluruh dunia pada ketika ini.  — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...