Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

F-22 Raptor, F-35A Lakukan Simulasi Pertempuran Udara di Ruang Udara Semenanjung Korea

Pada 16 Mei yang lalu, dua buah pesawat pejuang F-22 “Raptor” milik Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) dan dua buah pesawat pejuang F-35A Tentera Udara Korea Selatan (ROKAF) telah mengadakan latihan pertempuran udara (simulation dogfights) di ruang udara Korea Selatan.

1,016

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada 16 Mei yang lalu, dua buah pesawat pejuang F-22 “Raptor” milik Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) dan dua buah pesawat pejuang F-35A Tentera Udara Korea Selatan (ROKAF) telah mengadakan latihan pertempuran udara (simulation dogfights) di ruang udara Korea Selatan.

Ini merupakan kali pertama latihan pertempuran udara khas diadakan di ruang udara Semenanjung Udara membabitkan kedua-dua pesawat pejuang generasi kelima milik Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

Latihan pertempuran udara antara F-22 dan F-35 milik kedua-dua negara itu bertujuan untuk menguji dan meningkatkan lagi skill kedua-dua tentera udara negara sahabat itu, sebagaimana dilaporkan oleh akhbar perniagaan, Maeil.

Bagaimanapun, kemungkinan besar tujuan utama latihan pertempuran udara antara F-22 dan F-35 itu adalah untuk “memberi amaran” kepada Korea Utara dan China yang terletak tidak jauh daripada Semenanjung Korea.

Pada ketika ini, ROKAF memiliki sejumlah 39 buah pesawat pejuang F-35A manakala Amerika Syarikat memiliki lebih daripada 170 buah pesawat pejuang F-22 yang hanya digunakan oleh USAF kerana ia tidak dibenarkan dieksport kepada mana-mana negara lain disebabkan ia dilengkapi dengan teknologi yang sensitif..

F-22

Menurut ROKAF, keempat-empat pesawat pejuang canggih itu bertukar-tukar dalam memainkan peranan sebagai bertahan dan menyerang di dalam simulasi peperangan udara di antara tentera udara kedua-dua negara itu.

Latihan sebegini membantu  juruterbang-juruterbang pesawat pejuang generasi kelima itu dalam mempelajari skill, taktik dan ilmu dalam pertempuran jarak-dekat (close range air combat).

Latihan bersama di antara pesawat-pesawat F-22 dan F-35 itu berlaku selepas ketibaan pesawat pejuang F-22 di Pangkalan Udara Gunsan pada 13 Mei lalu, sebagaimana dinyatakan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat menyatakan bahawa pesawat-pesawat pejuang F-22 mereka itu adalah daripada skuadron ke-19 dan ke-199 Expeditionary Fighter Squadrons of Joint Base Pearl Harbor-Hickam in Hawaii tetapi beroperasi daripada  Kadena Air Base in Japan sejak pertengahan April yang lalu.

“Lawatan pesawat-pesawat pejuang F-22 Raptor ke Korea Selatan itu membuktikan kemampuan U.S Pacific Air Forces (PACAF) untuk mengerah kekuatannya ke mana-mana point penting untuk menguatkan kawalan dan pemerintahan di Indo-Pasifik.”

F-22

 Ini merupakan kunjungan pesawat pejuang F-22 sejak  Seoul International Aerospace and Defense Industry Exhibition [ADEX] yang berlangsung pada tahun lepas.

Pesawat pejuang F-22 itu akan menguji kemampuan Agile Combat Employment [ACE] di Indo-Pasifik.

ACE merupakan penting dalam usaha untuk bersaing dengan China, dengan unit-unit kecil USAF bertugas daripada pangkalan-pangkalan udara yang kecil, ringkas bagi membolehkan pergerakan yang lebih pantas dan kerahan aset.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, USAF telah meningkatkan latihan ACE ini dengan pesawat-pesawat pejuang F-22 merupakan elemen utama.

Kehadiran pesawat-pesawat pejuang F-22 di Korea Selatan adalah sesuatu jarang-jarang berlaku tetapi pernah berlaku sebelum ini.

F-22

Pada Februari lepas, pesawat pengebom B-1 Lancer dan F-22 telah terbang bersama-sama pesawat pejuang F-35 milik ROKAF di Laut Kuning (Yellow Sea) dan pada Disember 2022 pula, pesawat pejuang F-22 dan pesawar pejuang F-35 dan F-35 ROKAF telah mengiringi pesawar pengebom B-52 di kawasan perairan di Semenanjung Korea.

Terbaru, pesawat pejuang F-22 turut menyertai pameran pertahanan yang berlangsung di ibu negara, Seoul pada Oktober tahun lepas tetapi pesawat pejuang generasi kelima itu jarang-jarang menyertai dalam latihan tentera yang diadakan di Semenanjung Korea. — DSA

Comments are closed.