Dua Tren LRT Didakwa “Bertembung” Sesama Sendiri Di KL, Ramai Dilapor Cedera
Pengurus Kanan (Komunikasi dan Hal Ehwal Media) Prasarana, Azhar Ghazali, berkata perkhidmatan LRT melibatkan tren bernombor 40 dan 81 itu terlibat dalam satu insiden.
(DEFENCE SECURITY ASIA) — Sejumlah penumpang mengalami kecederaan apabila dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) terlibat dalam kemalangan berhampiran stesen KLCC malam ini.
Pengurus Kanan (Komunikasi dan Hal Ehwal Media) Prasarana, Azhar Ghazali, berkata perkhidmatan LRT melibatkan tren bernombor 40 dan 81 itu terlibat dalam satu insiden.
“Pasukan kami sedang menguruskan bantuan dan kerja-kerja menyelamat sekarang. Sila bertenang dan patuhi segala arahan,” katanya ketika dihubungi Astro Awani.
Dalam ciapan di Twitter AskRapidKL, dimaklumkan semua penumpang yang cedera sudah dibawa keluar dari tren yang terbabit dan usaha membantu serta menyelamat sedang dijalankan.
Ciapan itu juga menyebut, pengangkutan alternatif akan disediakan selain keselamatan penumpang sentiasa menjadi keutamaan.
Berdasarkan gambar-gambar dan video yang dikongsi di media sosial, terdapat beberapa penumpang dilihat terduduk sambil menutup bahagian tubuh yang cedera dengan ada antara mereka dilihat berdarah.
Ada pihak mendakwa, kemalangan itu berlaku akibat pertembungan dua tren namun ia belum dapat dipastikan buat masa ini.
Comments are closed.