Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Dua Pesawat Pengebom B-52 Amerika Terbang “Amat Hampir” Dengan Wilayah Russia

Menurut data penjejakan penerbangan (flight tracking data), pada satu ketika dalam penerbangannya di wilayah Baltik itu, pesawat-pesawat pengebom B-52 Amerika Syarikat itu hanya berada beberapa dozen kilometer daripada wilayah Kaliningrad milik Russia itu.

0 12,585

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam satu tindakan yang dianggap seolah-oleh “mencabar” Moscow,  dua buah pesawat pengebom strategik Amerika Syarikat, B-52 “Stratofortress” terbang berhampiran dengan sempadan wilayah exclave Russia, Kaliningrad yang terletak di wilayah Baltik sebanyak dua kali baru-baru ini.

Wilayah exclave Kaliningrad milik Russia itu terletak berhadapan dengan Laut Baltik dan bersempadan dengan negara-negara anggota NATO, Poland dan Lithuania.

Kaliningrad merupakan wilayah paling Barat Russia dan berfunsgi sebagai pangkalan utama bagi armada Laut Baltiknya.

Kedua-dua buah pesawat pengebom B-52 Amerika Syarikat yang berkeupayaan membawa pelbagai jenis peluru berpandu termasuk dengan kepala peledak nuklear  itu telah dikerahkan ke pangkalan udara Royal Air Force (RAF) di Fairford, United Kingdom sebagai sebahagian daripada misi Bomber Task Force empat buah pesawat B-52 daripada pangkalannya di North Dakota, Amerika Syarikat.

Pada hari kejadian, kedua-dua pesawat pengebom B-52 itu berlepas daripada pangkalan di United Kingdom untuk melaksanakan penerbangan di wilayah Baltik dan di beberapa lokasi telah ditemani oleh dua buah pesawat pejuang F/A-18 milik Tentera Udara Sepanyol, dua buah MiG-29 Tentera Udara Poland dan lima buah Eurofighter Typhoon milik Tentera Udara Jerman.

B-52

Menurut data penjejakan penerbangan (flight tracking data), pada satu ketika dalam penerbangannya di wilayah Baltik itu, pesawat-pesawat pengebom B-52 Amerika Syarikat itu hanya berada beberapa dozen kilometer daripada wilayah Kaliningrad milik Russia itu.

Kedua-dua pesawat pengebom B-52 milik Amerika Syarikat itu sekali lagi menghampiri Kaliningrad  ketika dalam penerbangan pulang ke United Kingdom.

Pesawat pengebom B-52 itu turut mengelilingi Lithuania dan melalui ruang udara Belanda, Jerman dan Poland.

Menurut jurucakap Tentera Udara Amerika Syarikat, misi Bomber Task Force itu adalah demonstrasi anggota NATO dan rakan-rakan kerjasamanya untuk beroperasi bersama bagi memastikan kestabilan dan kemakmuran wilayah Baltik.

“Ia juga memberikan mesej keras kepada bakal-bakal musuh dan mengekang sikap agresif, meningkatkan kestabilan selain memberikan jaminan kepada masyarakat awam di Euro-Atlantic,” kata beliau.

Sementara itu Pusat Pemerintahan NATO dalam kenyataannya pula berkata operasi pesawat-pesawat B-52 Amerika Syarikat itu adalah di dalam konteks dan fokus terhadap wilayah Baltik.

Satu lagi Bomber Task Force yang terdiri daripada pesawat-pesawat pengebom B-1B Lancer beroperasi di Pangkalan Udara Andersen di Guam, tetapi Tentera Udara Amerika Syarikat tidak memberikan sebarang maklumat mengenai tugasan mereka.

Pada 24 Mei yang lalu, dua buah pesawat pengebom B-52 terbang di utara Laut Baltik dalam latihan bersama dengan Tentera Udara Sweden di mana pesawat-pesawat kombat itu berlatih membedil sasaran-sasaran darat.

Dan pada 29 Mei lepas pula, dua buah pesawat pengebom B-52 mengelilingi Laut Utara (North Sea), tetapi Tentera Udara Amerika Syarikat tidak memberikan sebarang maklumat tentang latihan itu. — DSA

 

Comments
Loading...