Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Apa Yang Diketahui Tentang Pasukan Khas Akhmat dari Republik Chechen?

Menurut sumber-sumber Russia, Pasukan Khas Akhmat telah ditubuhkan seawal tahun 2009 apabila Presiden Republik Chechen Akhmat-Khadzhi Kadyrov menyokong penubuhan Detasmen Kerahan Khas Akhmat (Akhmat Special Rapid Response Detachment).

0 2,393

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Apa yang diketahui tentang Pasukan Khas Akhmat (Akhmat Special Forces)? “Trademark” anggota pasukan khas ini yang membezakannya dengan anggota unit lain adalah,  jambang anggota-anggotanya.

Menurut sumber-sumber Russia, Pasukan Khas Akhmat telah ditubuhkan seawal tahun 2009 apabila Presiden Republik Chechen Akhmat-Khadzhi Kadyrov menyokong penubuhan Detasmen Kerahan Khas Akhmat (Akhmat Special Rapid Response Detachment).

Akhmat-Khadzhi Kadyrov merupakan bapa kepada Presiden Republik Chechen pada masa ini, Ramzan Kadyrov.

Detasment khas itu dilaporkan asasnya adalah regimen khas Kementerian Dalam Negeri Russia (141 Special Motorised Regiment) termasuk anggota keselamatan yang bertugas sebagai pengawal kepada Akhmat Kadyrov.  

Pada ketika ini, Pasukan Khas Akhmat dikatakan mempunyai kira-kira 4,000 anggota dan media-media Barat menggelar anggota pasukan khas ini sebagai “Kadyrovites” dan “Kadyrovtsy”.

Akhmat
Presiden Republik Chechen Ramzan Kadyrov

 

Bagaimanapun terdapat juga dakwaan mengatakan Pasukan Khas Akhmat itu mini memiliki 13,000 keanggotaan dengan penyertaan lebih ramai anggotanya daripada pelbagai wilayah Russia, bukan sahaja daripada Republik Chechen.

Sehingga 2023, Komander Pasukan Khas Akhmat itu adalah Adam Delimkhanov.

Anggota Pasukan Khas Akhmat dilaporkan telah menjalani latihan taktikal dan tembakan di Universiti Pasukan Khas yang terletak di bandar Chechen iaitu, Gudermes.

Media-media antarabangsa melaporkan Pasukan Khas Akhmat juga terlibat dalam konflik di Ukraine, dengan ramai dikalangan anggotanya berada di wilayah Kharkiv membantu unit-unit tentera Russia dalam usaha mereka menawan wilayah itu daripada Ukraine.

Komander Pasukan Khas Akhmat Apty Alaudinov berkata anggota-anggotanya telah berada di barisan hadapan sejak hari pertama misi khas di wilayah Kharkiv.

Akhmat

“Kita tidak pernah berada di barisan kedua. Kita tidak pernah berada di bahagian belakang mana-mana pihak,” kata beliau.

Katanya, anggota Pasukan Khas Akhmat telah pun berjaya menguasai beberapa kedudukan di wilayah Kharkiv, sekaligus menghalang musuh daripada melakukan aktiviti-aktiviti sabotaj dan keganasan daripada kawasan itu.

“Tujuan kami adalah meninggalkan kawasan-kawasan yang anda dikerahkan dan menguasai kedudukan mana-mana kawasan yang sepatutnya dan memperluaskan jaringan komunikasi. Kesemua ini telah dilakukan, unit-unit kami telah pun melaksanakan operasi-operasi serangan di kawasan itu,” katanya.

Apakah rekod Pasukan Khas Akhmat?

Pada tahun 2010, Pasukan Khas Akhmat telah membantu pihak berkuasa tempatan memusnahkan formasi-formasi pihak musuh di Republik Chechen.

Pada akhir 2022, Presiden Republik Chechen Ramzan Kadyrov telah mengumumkan kerahan kira-kira 2,000 anggotanya ke zon ketenteraan khas di Ukraine.

 

Tidak lama selepas itu, anggota Pasukan Khas Akhmat telah menguasai bandar Rubezhnoye di Republik Rakyat Lugansk.

Anggota Pasukan Khas Akhmat juga telah dikerahkan ke Severodonetsk yang terletak di dalam Republik Rakyat Lugansk, di mana ia turut mengambil bahagian dalam usaha membebaskan bandar itu daripada kekuasaaan Ukraine.

Pada September 2022, anggota Pasukan Khas Akhmat juga telah berjaya mematahkan serangan oleh pihak tentera Ukraine terhadap kampong di Berestovoye di Republik Rakyat Donetsk.

Pada 2023, anggota Pasukan Khas Akhmat juga terlibat dalam misi-misi di Donetsk dan Artemovsk.

Selain misi-misi ketenteraan di Ukraine, anggota-anggota Pasukan Khas Akhmat juga dilaporkan telah dikerahkan ke Aleppo di Syria. — DSA

 

  

Comments
Loading...