Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Jepun Kerah F-15J Pintas Dron Canggih China, WZ-7 “Soaring Dragon”

Ini merupakan kali pertama Jepun melaporkan tentang penggunaan dron WZ-7 China di kawasan Laut China Timur. Penganalisi ketenteraan sering menyamakan keupayaan yang dimiliki oleh dron WZ-7 milik China yang juga dikenali dengan nama "Soaring Dragon"  itu dengan dron High-Altitude Long Endurance (HALE) Amerika Syarikat "RQ-4 Global Hawk."

0 2,687

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Jepun terpaksa mengerah pesawat-pesawat pejuang F-15 miliknya untuk memintas dron-dron China termasuk daripada jenis “WZ-7” yang merupakan antara dron tercanggih Beijing, yang semakin aktif di kawasan ruang udara Laut China Timur.

Ini merupakan kali pertama Jepun melaporkan tentang kehadiran dron WZ-7 China di kawasan Laut China Timur dan ia berkemungkinan berkaitan dengan pergerakan kapal pengangkut pesawat “Liaoning” dan kapal pengiringnya di kawasan perairan terbabit.

Penganalisi ketenteraan sering menyamakan keupayaan yang dimiliki oleh dron WZ-7 milik China yang juga dikenali dengan nama “Soaring Dragon”  itu dengan dron High-Altitude Long Endurance (HALE) Amerika Syarikat “RQ-4 Global Hawk.”

Fungsi utama dron WZ-7 ada Intelligence, Surveillance and Reconnaisance (ISR).

Pada 1 Januari lalu, pihak Kementerian Pertahanan Jepun mendedahkan bahawa ia mengesan sebuah dron WZ-7 China amat aktif di ruang udara Laut China Timur daripada pagi hingga tengah hari.

WZ-7
Dron WZ-7 China

 

Selepas dikesan di Laut China Timur, dron China itu bergerak ke Selat Miyako yang memisahkan antara pulau utama Okinawa dan Kepulauan Miyako.

Apabila berada di Laut Filipina, dron terbabit telah ke Pulau Sakishima milik Jepun sebelum berpatah balik dan menuju ke pulau utama Okinawa.

Sebagai respons, Jepun telah mengerah pesawat-pesawat F-15 yang berpangkalan di Pangkalan Udara Naha di Okinawa untuk memintas dron-dron berkuasa tinggi China itu.

F-15J
Pesawat F-15J Jepun

 

Hari ini Kementerian Pertahanan Jepun telah mengeluarkan kenyataan lagi, menyatakan bahawa ia telah mengesan aktiviti dron WZ-7 China di Laut China Timur dan kawasan-kawasan berhampiran dengan pulau-pulau milik Jepun termasuk Pulau Yonaguni yang terletak berhampiran dengan Taiwan.

Pulau Yonaguni dijangka menjadi perhatian oleh pihak Beijing selepas Tokyo mengumumkan hasratnya untuk menempatkan sistem pertahanan udara di pulau itu.

WZ-7

Kementerian Pertahanan Jepun juga menyatakan bahawa kapal pengangkut pesawat China, “Liaoning” telah melalui Selat Miyako diiringi oleh kapal-kapal Type 055 destroyer “Anshan” dan “Wuxi”, Type 052 destroyer “Chengdu”, Type 054A friget “Zaozhuang” dan Type 901 kapal bantuan kombat “Hulunhu.”

Walaupun peranan utama WZ-7 adalah ISR, namun ia juga berkemampuan membekalkan data-data sasaran untuk peluru-peluru berpandu balistik dan anti-kapal.

Dron WZ-7 direkabentuk oleh Chengdu Aircraft Industry Group dan dibina oleh Guizhou Aircraft Industry Corporation, dengan dron yang pertama didedahkan pada orang awam pada 2021.

WZ-7

Ia mula memasuki perkhidmatan tentera China pada 2018 dan telah dikerah dalam operasi-operasi pemantauan dan pengumpulan maklumat perisikan di wilayah otonomi Tibet, Pulau Hainan dan pangkalan udara berhampiran dengan Korea Utara.

Pada 2019, China telah mengerah dron WZ-7 untuk shadow kapal perang destroyer kelas-Ticonderoga Amerika Syarikat, USS Antietam ketika belayar di Selat Taiwan. — DSA

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

 

 

Comments
Loading...