Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Iran Kini Lengkapi Dron Berani Mati, Shahed-136 Kini Dengan Enjin Turbojet

Penganalisis pertahanan menyatakan, jika Shahed-136 berupaya terbang dengan lebih laju apabila dilengkapi dengan enjin turbojet, maka ini hanya bermakna bahawa tentera Ukraine hanya akan berhadapan dengan kesukaran untuk menembaknya jatuh dan menjadikan ia senjata yang lebih berkesan dalam konflik ketika ini.

5,579

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dron berani mati “Shahed-136” buatan Iran yang digunakan secara meluas oleh Russia di Ukraine kini dilaporkan telah dilengkapkan dengan enjin turbojet, yang membolehkannya terbang lebih laju, sekaligus menyukarkan lagi usaha pihak musuh untuk menembak jatuh dron itu.

Dalam video yang disiarkan oleh pihak berkuasa Iran baru-baru ini, dron Shahed-136 dengan enjin turbojet dilihat membedil sasaran dalam satu demonstrasi.

Pada ketika ini , dron berani mati Iran itu yang dikenali ramai apabila ia digunakan oleh Russia pada konfliknya di Ukraine, menggunakan enijn piston yang mengeluarkan yang bising sehingga pihak Ukraine menggelarnya “skuter terbang.”

Penganalisis pertahanan menyatakan, jika Shahed-136 berupaya terbang dengan lebih laju apabila dilengkapi dengan enjin turbojet, maka ini hanya bermakna bahawa tentera Ukraine hanya akan berhadapan dengan kesukaran untuk menembaknya jatuh dan menjadikan ia senjata yang lebih berkesan dalam konflik ketika ini.

Namun, mereka juga menjangkakan bahawa jarak operasi Shahed-136 tidak akan sejauh 2,000km sebagaimana waktu ini apabila ia menggunakan enjin turbojet.Shahed

Shahed

“Menggunakan enjin turbojet akan membolehkan Shahed-136 terbang lebih jauh, tetapi pada pada masa yang sama ia terpaksa mengorbankan jaraknya pula. Ia tidak mungkin dapat terbang sejauh 2,000km sebagaimana ketika ia menggunakan enjin piston,” kata penganalisis.

Menggunakan enjin turbojet itu juga akan mengurangkan bunyi seperti “skuter” yang dihasilkan oleh Shahed-136.

Pada ketika ini, pihak Ukraine menggunakan sistem-sistem pertahanan udara yang dibekalkan oleh Barat melaporkan ia telah berjaya menembak jatuh sebahagian besar daripada dron Shahed-136 yang menyerangnya.

Kejayaan itu disebabkan dron Shahed-136 itu bergerak agak perlahan menuju ke sasaran, memberikan tentera Ukraine peluang untuk menembaknya jatuh, walaupun dengan hanya menggunakan senjata api Ak-47.

Walaupun, masih belum ada laporan mengatakan dron-dron Shahed-136 yang dilengkapi dengan enjin turbojet itu telah dihantar ke Russia untuk digunakan di Ukraine, namun ia merupakan satu scenario yang membimbangkan bagi Kiev pada ketika negara itu sedang bersiap-sedia untuk menghadapi musim sejuk beberapa minggu akan datang ini.

Shahed
Shahed-136 tanpa kipas enjin pistonnya.

Shahed

Russia menggunakan ratusan dron Shahed-136 untuk menyerang infrastruktur awam Ukraine terutamanya loji-loji janakuasa terutamanya stesen janakuasa elektrik yang menyebabkan bekalan elektrik di bandar-bandar utama negara itu terputus untuk suatu jangka masa yang lama.

Disebabkan keberkesanan dron-dron Shahed-136 Iran yang digunakan oleh Russia, kerajaan Ukraine sebagaimana didedahkan oleh laporan baru-baru ini telah mencadangkan supaya pusat-pusat pembuatan dron itu di Iran, Syria dan juga di Russia diserang menggunakan peluru-peluru berpandu jarak jauh.

Russia dilaporkan sedang di dalam proses untuk membina kemudahan pembuatan dron Shahed-136 di bandar Yelabuga, Tatarstan di selatan Moscow.

Jika negara Barat enggan melakukan serangan itu, pihak Ukraine menyatakan kesediaan untuk melakukannya bagi pihak Barat sebagaimana dilakukannya menggunakan peluru berpandu kruis Storm Shadow/SCALP-EG terhadap wilayah Crimea yang diduduki oleh Russia. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: [email protected]

 

Comments are closed.