Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Larangan Eksport Punca Syarikat Dron Israel Gagal Bersaing Dengan Dron Turkiye

Jikalau larangan eksport sistem persenjataan bagi dron-dron Israel itu ditarik oleh kerajaan negara itu, sudah semesti beberapa pelanggannya di rantau Asia Tenggara berkemungkinan besar akan melengkapkan dron-dron Israel milik mereka dengan sistem persenjataan termasuk peluru berpandu.

0 3,577

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat-syarikat pertahanan Israel kecewa dengan keputusan kerajaan negara itu yang melarang mereka daripada mengeksport dron-dron yang lengkap dengan sistem persenjataan termasuk peluru berpandu kepada pelanggan luar negara yang berminat untuk memperolehinya.

Pada ketika ini, syarikat-syarikat pertahanan Israel seperti Israel Aerospace Industries (IAI) dan Elbit System dibenarkan mengeksport dron-dron mereka kepada pelanggan luar negara tetapi ia mestilah tidak termasuk sistem persenjataan digunakan oleh dron itu.

Dron-dron buatan Israel yang dijual kepada negara-negara luar digunakan untuk misi ISR (Intelligence, Surveillance and Reconaissance), walaupun ia berkeupayaan melancarkan peluru-peluru berpandu, sebagaimana yang digunakan oleh Tentera Israel pada ketika ini.

Dron-dron buatan syarikat Israel amat popular di Asia Tenggara dengan beberapa angkatan tentera di rantau ini merupakan penggunanya seperti Singapura, Thailand, Filipina dan Indonesia.

Jikalau larangan eksport sistem persenjataan bagi dron-dron Israel itu ditarik oleh kerajaan negara itu, sudah semestinya beberapa pelanggannya di rantau berkemungkinan besar juga akan melengkapkan dron-dron miliknya itu dengan sistem persenjataan termasuk peluru berpandu.

Hermes 900
Dron Hermes 900 yang dibangunkan oleh syarikat Elbit Systems daripada Israel dan kini digunakan oleh beberapa negara Asia Tenggara.

 

Antara dron-dron buatan syarikat Israel digunakan oleh negara-negara Asia Tenggara termasuklah Hermes, Heron dan Searcher.

Syarikat-syarikat pertahanan Israel itu kecewa kerana larangan oleh kerajaan negara telah dieksploitasi oleh syarikat Turki seperti Baykar Makina yang berjaya menguasai pasaran dron-dron bersenjata antarabangsa menerusi produk-produk mereka seperti Bayraktar TB2.

Menurut portal pertahanan antarabangsa, Breaking Defense, buat masa ini kerajaan Israel masih mengekalkan larangan eskport sistem persenjataan bagi dron-dron terbabit.  

Syarikat-syarikat pertahanan Israel kecewa kerana mereka diminta oleh tentera negara itu supaya membangunkan dron-dron yang boleh terbang lebih jauh, lebih laju dan “lebih berbahaya”, tetapi dilarang mengeksport dron lengkap bersenjata kepada pelanggan luar yang sudah semestinya akan membawa pulangan yang lebih lumayan untuk perniagaan syarikat.

Menurut portal pertahanan itu, antara negara luar yang amat berminat untuk memperolehi dron bersenjata Israel adalah Azerbaijan, yang merupakan antara negara pengguna tegar sistem persenjataan buatan syarikat pertahanan Israel.

Bayraktar TB2
Bayraktar TB2

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Azerbaijan banyak menggunakan sistem persenjataan buatan Israel dalam konflik di Nagorno-Karabakh.

Selain dron dan sistem persenjataan lain buatan Israel, Azerbaijan juga menggunakan dron Bayraktar TB2 ketika konflik di wilayah bergolak itu.

Azerbaijan dikatakan telah meminta kebenaran untuk melengkapkan dron-dron buatan Israel miliknya dengan sistem persenjataan, tetapi permintaannya ditolak oleh pihak Tel Aviv. — DSA

 

Comments
Loading...