Virus COVID-19 dihasil di makmal Institut Virologi Wuhan?

KUALA LUMPUR, Sept 14 (Defence Security Asia) — Semalam pakar virologi China, Dr Li Meng Yan yang melarikan diri daripada China dan kini hidup bersembunyi mendakwa virus COVID-19 merupakan buatan manusia dan dihasilkan daripada sebuah makmal di Wuhan.

Beliau membuat pendedahan itu dalam satu rancangan rancangan terbitan di Britain bertajuk “Loose Women.”

Menerusi panggilan video daripada satu lokasi rahsia, wanita itu menafikan virus COVID-19 itu berasal daripada sebuah pasar awam di Wuhan.

Pakar virologi China, Dr Li Meng Yan (sumber internet)

Dakwaan mengatakan virus yang sehingga kini telah membunuh 1 juta orang di seluruh dunia itu berasal daripada sebuah pasar awam di Wuhan adalah usaha untuk mengabui pandangan orang ramai dan dunia.

“Ia (virus COVID-19) datang daripada sebuah makmal yang dikawal oleh kerajaan.”

“Perkata pertama ialah, pasar daging di Wuhan.. Ia hanya untuk mengaburi mata dan virus itu bukan semula jadi,” dakwanya.

Virus COVID-19 sehingga kini telah membunuh lebih 1 juta orang seluruh dunia. (sumber internet)

Pakar virologi China itu yang pernah berkhidmat dengan Hong Kong School of Public Health dan pernah diberi amaran oleh penyelianya supaya merahsiakan tentang jangkitan manusia ke manusia (human to human transmission) ketika penyakit itu mula-mula dikesan Disember lepas.

Dr Li juga menyatakan akan memberikan bukti saintifik tentang dakwaannya bahawa virus berbahaya itu dihasilkan daripada makmal di Wuhan.

Dakwaan pakar virologi China bahawa virus COVID-19 itu dihasilkan daripada sebuah makmal di Wuhan itu menguatkan lagi rumour dan spekulasi bahawa penyakit itu berpunca daripada Institut Virologi Wuhan.

Institut Virologi Wuhan menempatkan makmal bio-keselamatan tahap 4 bagi mengkaji pelbagai virus. (sumber internet)

Institut yang ditubuhkan pada 1956 merupakan pusat penyelidikan virus terunggul di China dan menempatkan makmal bio-keselamatan tahap 4 di negara itu.

Sejak bermulanya penyebaran penyakit COVID-19 itu, Institut Virologi Wuhan diselubungi pelbagai dakwaan dan spekulasi.

Antara dakwaan yang paling banyak dikaitkan dengan institut itu adalah, virus COVID-19 itu dihasilkan daripada makmalnya dan virus itu “bocor” daripada makmal bio-keselamatan tahap 4 miliknya.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

 

COVID-19Defence Security AsiarDr Ling Meng YanInstitut Virologi WuhanMakmal
Comments (0)
Add Comment