Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

China Sasar Lapangan Gas Kasawari Milik Petronas Di Luar Pantai Sarawak?

Penerbangan provokatif pesawat tentera China itu bukanlah suatu kebetulan tetapi sebenarnya adalah reaksi balasnya terhadap tindakan Malaysia menjalankan kerja-kerja pembangunan kawasan lapangan gas “Kasawari” di Blok SK316 milik syarikat negara, Petronas.

0 3,711

Artikel ini pertama kali disiarkan pada 8 Julai, 2021.

 

(DEFENCE SECURITY ASIA) – (DEFENCE SECURITY ASIA) – Tindakan China menghantar 16 pesawat tenteranya ke Zon Maritim Malaysia pada 31 Mei lepas bukanlah suatu kebetulan, tetapi merupakan amaran oleh pentadbiran Presiden Xi Jinping  supaya negara-negara di Laut China Selatan tidak menjalankan kerja-kerja mencarigali minyak dan gas di perairan yang didakwa sebagai miliknya itu.

Penerbangan provokatif pesawat tentera China di ruang udara Malaysia itu bukanlah suatu kebetulan tetapi sebenarnya adalah reaksi balasnya terhadap tindakan Malaysia menjalankan kerja-kerja pembangunan kawasan lapangan gas “Kasawari” di Blok SK316 milik syarikat negara, Petronas, menurut sebuah badan pemikir antarabangsa.

Lapangan gas ini ditemui pada 2011 dan terletak kira-kira 100 batu nautika daripada pusat kemudahan pemprosesan gas asli di Bintulu, Sarawak.

Menurut Asia Maritime Transparency Institute (AMTI), bermula 19 hingga 24 Mei Petronas telah menggunakan enam buah kapal tunda untuk mengangkut peralatan ke pelabuhan Miri untuk kerja-kerja pemasangan “wellhead platform” di Kasawari.

Dan pada 31 Mei, sebelum kerja-kerja pemasangan itu dilakukan di Lapangan Gas Kasawari, China telah menghantar 16 buah pesawat tenteranya yang terbang dalam 60 batu nautika daripada Sarawak dalam keadaan formasi taktikal, menyebabkan TUDM menghantar pesawat pejuang Hawk 208 daripada Labuan untuk memintas.

TUDM
Salah sebuah pesawat China yang dipintas oleh TUDM pada 31 Mei lepas. (kredit TUDM)

 

Selain pesawat-pesawat China, negara itu turut menempatkan kapal pengawal pantainya berhampiran Luconia Shoals dan kerap belayar berhampiran kawasan-kawasan operasi minyak dan gas negara.

AMTI berkata, data daripada Marine Traffic menunjukkan kapal pengawal pantai China CCG 5403 belayar berhampiran dengan Sapura 2000 (derick pipelay barge) pada 4 Jun apabila kapal tunda itu berada di Lapangan Kasawari bersama bot-bot sokongan yang lain.

Sapura 2000 dikontrak untuk memasang “jacket and topside of the wellhead platform” di Kasawari.

Kapal pengawal pantai China itu berbuat demikian walaupun kapal TLDM, Bunga Mas 5 berada di kawasan berhampiran.

Data daripada AIS menunjukkan CCG 5403 hanya berada dua batu nautika daripada Sapura 2000 pada pada 5 Jun dan 1.2 batu nautika pada 7 Jun.

TUDM
Rajah pencerobohan pesawat tentera China pada 31 Mei lepas. (kredit TUDM)

 

AIS juga menunjukkan Bunga Mas 5 belayar ke pantai Sarawak pada 13 Jun.

Pada 12 Jun kapal pengawal pantai China itu dikesan meninggalkan Lapangan Gas Kasawari dan diganti dengan CCG 5303 yang saiznya lebh besar, dengan imej satelit daripada Planet Labs menunjukkan kapal pengawal pantai China itu berada berhampiran dengan Sapura 2000 dan bot-bot sokongan itu.

Pada 3 Julai, Sapura 3000 pula menyertai Sapura 2000 untuk memasang drilling platform di Kasawari dengan data daripada AIS pada 5 Julai menunjukkan kapal China itu berada 360 meter daripada Sapura 3000 dan hanya 180 meter daripada sebuah bot sokongan, Bes Elite.

Daripada 17 June hingga 5 July, kapal pengawal pantai China CCG 5303 masih berada di Kasawari, kemngkingan besar untuk menganggu operasi Sapura 2000.

Pada ketika ini, CCG 5303, Sapura 3000 dan Sapura 2000 masih berada di Kasawari dan AMTI tidak melihat kehadiran kapal penguatkuasa Malaysia sejak Bunga Mas 5 meninggalkan perairan itu pada bulan lepas.

AMTI menjangkakan gangguan daripada kapal-kapal pengawal pantai China terhadap operasi minyak dan gas negara di Lapangan Kasawari ini akan berterusan.

Kasawari
Gambar kredit AMTI
Kasawari
Gambar kredit AMTI

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...