Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tentera Laut China Rekrut Wanita Atasi Kekurangan Juruterbang Pesawat Pejuang

Walaupun Tentera Laut China memiliki armada kapal terbesar di dunia, tetapi pada masa yang sama, ia berhadapan dengan masalah yang serius untuk mendapatkan juruterbang-juruterbang berkelayakan untuk mengoperasikan pesawat-pesawat di kapal pengangkut pesawat.

0 1,937

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Berhadapan dengan kekurangan juruterbang untuk mengoperasikan pesawat di kapal-kapal pengangkut pesawat, tentera laut China bercadang merekrut wanita dan graduan yang baru sahaja menamatkan pengajian untuk menampung kekurangan itu.

Menurut portal South China Morning Post, notis pengambilan kerja yang terpampang pada akaun WeChat rasmi tentera laut China mempelawa wanita dan lelaki muda untuk menghabiskan usia muda mereka menjadikan Tentera Laut sebagai tentera laut bertaraf dunia.

Notis itu juga menyatakan bahawa calon-calon yang berminat mestilah graduan yang baru sahaja menamatkan pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan.

Mereka juga mestilah tidak berusia lebih 24 tahun dan bersih daripada sebarang rekod politik serta jenayah.

Calon-calon yang terpilih akan dihantar di Universiti Penerbangan Tentera Laut China di Yantai, wilayah Shandong di mana mereka akan menjalani latihan teori dan penerbangan.

Kapal China

Latihan di Universiti Penerbangan Tentera Laut China di Yantai, wilayah Shandong itu adalah suatu kemestian bagi juruterbang-juruterbang yang akan berkhidmat di kapal pengangkut pesawat milik negara itu seperti Liaoning dan Shandong.

Walaupun Tentera Laut China memiliki armada kapal terbesar di dunia, tetapi pada masa yang sama, ia berhadapan dengan masalah yang serius untuk mendapatkan juruterbang-juruterbang berkelayakan untuk mengoperasikan pesawat-pesawat di kapal pengangkut pesawat.

Beijing mentauliahkan kapal pengangkut pesawatnya yang pertama, Liaoning pada tahun 2012, manakala kapal pengangkut pesawat kedua, Shandong pula memasuki perkhidmatan pada tahun 2019.

Kapal pengangkut pesawat China yang ketiga, Fujian akan memulakan ujian di lautan pada tahun ini.

Menjelang tahun 2030 China bakal memiliki lima buah kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier), tetapi di dalam masa yang sama ia juga sedang bergelut dengan masalah mendapatkan juruterbang berkelayakan.

Tentera Laut China memerlukan sekurang-kurangnya 200 juruterbang pesawat pejuang untuk mengoperasikan 130 buah pesawat pejuang yang beroperasi di kapal pengangkut pesawat miliknya, menurut pakar ketenteraan China, Li Jie sebagaimana dipetik oleh South China Morning Post.

Shandong
Kapal pengangkut pesawat China, “Shandong.”

 

Menurut maklumat daripada Tentera Laut China, sebelum ini mereka merekrut lepasan sekolah tinggi untuk mengikuti latihan juruterbang tentera laut bagi mengatasi masalah kekurangan juruterbang.

“Adalah masih jauh untuk juruterbang-juruterbang pesawat pejuang Tentera Laut China untuk mencapai tahap juruterbang pesawat pejuang di kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat,” kata penganalisis tentera China, Zhou Chenming.

Mereka memerlukan sekurang-kurangya sedekad untuk mencapai kemampuan operasi udara kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat,katanya.  — DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

Comments
Loading...