Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

China Dakwa Amerika Adalah Ancaman Utama Pada Keselamatan Di Laut China Selatan

Kuasa Usaha (charge d’affaires) China di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Dai Bing berkata, Amerika Syarikat merupakan ancaman paling utama kerana negara itu sering menghantar kapal-kapal perang dan pesawat tenteranya ke Laut China Selatan untuk melakukan provokasi.

0 1,259

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Perang mulut antara Beijing dan Washington berterusan, kali dengan pegawai kanan kerajaan China mendakwa bahawa  Amerika Syarikat adalah ancaman utama terhadap keselamatan dan kedamaian di Laut China Selatan.

Kuasa Usaha (charge d’affaires) China di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Dai Bing berkata, Amerika Syarikat merupakan ancaman paling utama kerana negara itu sering menghantar kapal-kapal perang dan pesawat tenteranya ke Laut China Selatan untuk melakukan provokasi.

“Oleh kerana itulah, Amerika Syarikat tidak layak untuk bercakap apa-apa mengenai Laut China Selatan,” kata pegawai kanan China itu pada perdebatan mengenai keselamatan maritime di Majlis Keselamatan PBB di New York.

Beliau berkata, Washington sering menimbulkan “kekacauan” dengan menghantar kapal-kapal perang serta pesawat di perairan yang strategik itu untuk menimbulkan provokasi selain menimbulkan perseteruan di antara negara-negara serantau.

Bing memberikan contoh insiden yang berlaku pada 12 Julai lepas apabila kapal destroyer Tentera Laut Amerika Syarikat USS Benfold belayar berhampiran Kepulauan Spratly sambil dijejaki dan dipantau oleh pesawat dan kapal perang China.

USS Benfold
Kapal destroyer Amerika Syarikat, USS Benfold di Laut China Selatan baru-baru ini.

 

Beliau juga mendakwa bahawa kapal perang Amerika Syarikat itu telah diberikan “amaran” dan “dihalau” oleh tentera China.

Amerika Syarikat katanya, tidak mempunyai kredibiliti untuk bercakap mengenai keselamatan maritim di Laut China Selatan atau UNCLOS kerana ia bukan antara negara yang menandatangani perjanjian UNCLOS itu.

“Ia (Amerika Syarikat) tidak mempunyai sebarang kredibiliti tentang isu keselamatan maritime,” kata Bing.

Kerajaan pimpinan Presiden Xi Jinping katanya, membantah keras apa sahaja pandangan China tentang Laut China Selatan atau apa sahaja yang berkenaan keselamatan maritim, malah Majlis Keselamatan PBB bukanlah medium yang sesuai untuk membincangkannya.

Carl Vinson
Kapal pengangkut pesawat USS Carl Vinson.

 

Beliau juga mendakwa China dan negara-negara anggota ASEAN telah mengekalkan kestabilan di Laut China Selatan, dimana semua negara memiliki kebebasan pelayaran dan penerbangan selaras dengan undang-undang dan peraturan antarabangsa.

China dan negara-negara anggota ASEAN juga katanya sedang berusaha untuk memeterai beberapa persetujuan lain bagi memastikan kestabilan dan keamanan di Laut China Selatan itu berkekalan.

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...