Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

China Berang Kapal Perang Jepun Berlatih di Laut China Selatan

0 1,108

(DEFENCE SECURITY ASIA) – China melahirkan rasa marah apabila musuh ketatnya, Jepun menghantar kapal-kapal perang miliknya ke Laut China Selatan untuk melaksanakan latihan anti-kapal selam.

Menurut Kementerian Pertahanan Jepun, negara itu telah menghantar sebuah kapal pengangkut helikopter (JS Kaga), kapal selam (JS Shoryu) dan kapal pemusnah (JS Izakuchi) untuk mengadakan latihan itu.

Latihan anti-kapal selam itu menurut Kementerian Pertahanan itu bertujuan meningkatkan kemampuan taktikal tentera negara Matahari Terbit itu.

Jepun
Ketiga-tiga buah kapal perang Jepun sedang menjalani latihan anti-kapal selam di Laut China Selatan. (kredit MoD Jepun)

Ia bagaimanapun tidak memberi maklumat lebih lanjut tentang tarikh latihan itu atau lokasi dimana ianya diadakan.

Ia juga tidak memaklumkan sama ada latihan tentera laut Jepun itu turut membabitkan kapal-kapal tentera laut negara lain.

Bagaimanapun Kementerian Pertahanan Jepun berkata, ketiga-ketiga buah kapal tentera laut negara itu akan singgah beberapa hari di Cam Ranh Bay, Vietnam untuk mendapatkan bekalan.

Teluk Cam Ranh merupakan kemudahan laut dalam Vietnam yang terletak kira-kira 300km daripada bandar Ho Chi Minh.

Jepun
Kapal-kapal perang Jepun singgah di Teluk Cam Ranh untuk mendapatkan bekalan. (kredit MoD Jepun)

Ia merupakan bekas pengkalan laut bagi tentera Russia dan Amerika Syarikat, yang memberikan laluan pantas ke laut dalam di Kepulauan Spratly.

Akhbar nasionalis China, Global Times pula berkata, latihan oleh kapal-kapal perang Jepun di Laut China Selatan itu telah mengugat kestabilan serantau.

Jepun
Latihan oleh tentera laut Jepun itu telah membangkitkan kemarahan Beijing. (kredit MoD Jepun)

Akhbar itu juga mendakwa tentera laut Jepun amat aktif di kawasan perairan itu bulan lepas, tetapi menjelaskannya lebih lanjut.

— DEFENCE SECURITY ASIA.

Comments
Loading...