Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

China Bakal “Korek” Lebih Banyak Minyak Dan Gas Di Laut China Selatan?

Platform minyak mentah yang dinamakan “Lufeng 14-4” itu terletak di Laut China Selatan pada kedudukan 200km selatan Hong Kong.

0 1,915

(DEFENCE SECURITY ASIA) –Syarikat minyak dan gas kebangsaan China iaitu China National Offshore Oil Corporation (CNOOC) memaklumkan ia telah selesai memasang platform terapung penghasilan minyak mentah  yang direka sendiri (float-over installation of China’s Independently designed offshore crude oil platform) di Laut China Selatan.

Platform minyak mentah yang dinamakan “Lufeng 14-4” itu terletak di Laut China Selatan pada kedudukan 200km selatan Hong Kong.

Ia dijangka akan memulakan operasi pada akhir tahun ini.

Pengarah CNOOC bagi projek kompleks minyak Lufeng, Gao Shuang memberitahu akhbar The South China Morning Post, apabila beroperasi kelak platform minyak terbabit akan meneroka telaga minyak Lufeng 14-4 dan Lufeng 14-8.

Kedua-dua telaga minyak itu dijangka membekalkan minyak dan gas untuk kawasan Guandong-Hong Kong-Macau Greater Bay Area Guangdong.

CNOOC
CNOOC adalah syarikat minyak dan gas kebangsaan China.

 

Menurut CNOOC, platform terbaru miliknya itu akan meningkatkan kemampuan pembinaan dan pemasangan peralatan industry minyak dan gas China.

Buat pertama kali pada tahun lepas, penghasilan minyak dan gas daripada perairan China melepas 65 juta tonnes.

Lapangan minyak milik CNOOC di bahagian selatan di Laut China Selatan merupakan kawasan penghasilan sumber asli yang utama baginya kerana ia menghasilkan 10 juta cubic metres bersamaan minyak dan gas setiap tahun sejak 25 tahun dahulu.

Dalam laporan tahunannya, CNOOC berkata ia merancang untuk melabur 100 bilion Yuan (US$15.5 bilion) pada tahun ini dengan 19 projek baru akan memulakan penghasilan.

Usaha China mencarigali minyak dan gas di Laut China Selatan, yang menyimpan 11 bilion tong minyak dan 5.4 trillion cubic metres gas asli telah meningkatkan ketegangan dengan negara-negara serantau lain.

West Capella

Pada 2014, ketegangan di antara China dan Vietnam turut memuncak apabila Beijing mengerahkan pelantar minyaknya berhampiran Pulau Paracel, di kawasan yang Vietnam dakwa sebagai kawasan Zon Ekonomi Eksklusifnya (ZEE).

Tahun ini, Menteri Luar China Wang Yi berkata Beijing dan Manila perlu fokus kepada usaha-usaha meningkatkan kerjasama dalam mencarigali minyak dan gas daripada bertelingkah mengenai pertikaian maritime.

Usaha Malaysia mencarigali minyak di dalam kawasan perairannya termasuk di ZEE juga tidak terkecuali menerima gangguan daripada kapal-kapal penguatkuasa milik China, sebagaimana yang berlaku terhadap kapal-kapal industri minyak dan gas-nya seperti West Capella serta Sapura Esperanza.

Gangguan kapal-kapal China terhadap West Capella yang disewa oleh Petronas turut menarik pembabitan kapal-kapal serta pesawat perang Amerika Syarikat.

West Capella

China turut menghantar kapal-kapal penguatkuasanya ke kawasan-kawasan perairan Malaysia yang sememangnya diketahui sebagai kaya dengan sumber minyak dan gas seperti Luconia Shoals dan lain-lain lagi.

Apa akan jadi sekiranya suatu hari nanti, China pacak platform minyak dan gas-nya di Luconia Shoals/Beting Patinggi Ali? Apa tindakan kita? Hantar nota bantahan diplomatik?

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...