Buat Pertama Kali Russia Dedah Rekabentuk Peluru Berpandu Hypersonik 3M22 Zircon
Kementerian Pertahanan Russia mula memperkenalkan peluru berpandu hypersonik Zircon pada 2018, dengan ia mula menjalani pelbagai ujian intensif pada 2020.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Buat pertama kalinya, Kementerian Pertahanan Russia telah mendedahkan rekabentuk sebenar peluru berpandu hypersonik 3M22 Zircon (Tsirkon), menerusi sebuah video pelancaran peluru berpandu itu dalam latihan tentera negara itu di Laut Mediterranean.
Ia menandakan detik penting dalam perlumbaan peluru berpandu hypersonik dan menunjukkan peningkatan kemampuan Russia dalam pembangunan peluru berpandu hypersonik.
Kementerian Pertahanan Russia mula memperkenalkan peluru berpandu hypersonik Zircon pada 2018, dengan ia mula menjalani pelbagai ujian intensif pada 2020.
Sejak daripada itu, peluru berpandu hypersonik itu telah berjaya mencapai beberapa milestones termasuk kejayaan ujian pelancaran daripada kapal-kapal perang permukaan (surface ship) dan kapal selam berkuasa nuklear Severodvinsk pada 2021.
Peluru berpandu hypersonik Zircon itu seringkali digambarkan sebagai sistem persenjataan yang canggih dan berkemampuan mengubah dinamik peperangan moden.
Kerahan kombat pertama peluru berpandu hypersonik berlaku pada Januari 2023, yang menandakan langkah penting di pihak Russia dalam pengoperasian kombat peluru-peluru berpandu menggunakan teknologi hypersonik.
Ringkasan:
Kementerian Pertahanan Russia buat pertama kalinya mendedahkan reka bentuk peluru berpandu hypersonik 3M22 Zircon (Tsirkon) melalui video pelancaran dalam latihan di Laut Mediterranean, menandakan pencapaian penting dalam teknologi persenjataan hypersonik. Diperkenalkan pada 2018 dan menjalani ujian intensif sejak 2020, Zircon telah mencapai beberapa kejayaan, termasuk pelancaran dari kapal perang dan kapal selam nuklear.
Peluru berpandu ini, yang pertama kali dikerahkan secara kombat pada Januari 2023, telah disahkan penggunaannya oleh Presiden Vladimir Putin dalam konflik di Ukraine, mencerminkan kemasukan teknologi hypersonik dalam strategi ketenteraan antarabangsa. Zircon, dengan kelajuan maksimum Mach 9 (11,000 km/j) dan jarak operasi sehingga 1,000 km, memiliki kemampuan untuk menembusi sistem pertahanan udara moden, memberikan cabaran besar kepada lawan seperti Amerika Syarikat dan sekutunya di Eropah.
Menggunakan sistem pendorongan dua tahap dan enjin scramjet, Zircon fleksibel untuk dilancarkan dari kapal perang, kapal selam, dan sistem pesisir pantai. Ia boleh dilengkapi dengan peledak konvensional atau nuklear, menjadikannya alat strategik utama dalam senario ketenteraan Russia. Ancaman Zircon menonjol kerana tiada teknologi semasa mampu memintasnya, menambah dimensi baru dalam perlumbaan persenjataan global.