Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Disebabkan Kekurangan Peruntukan, Ruang Peluru Berpandu Kini Bertukar Menjadi Gym”

Kapal-kapal destroyer Type 45 Tentera Laut British dilengkapkan dengan sistem pelancar peluru berpandu Mark 41 yang membolehkan mereka melancarkan peluru berpandu kruis Tomahawk, tetapi disebabkan kekurangan peruntukan, ruangan untuk sistem pelancar itu kini diisi oleh treadmill dan alatan gym yang lain.  

0 24,195

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Disebabkan kekurangan peruntukan, ruang untuk menempatkan sistem pelancar peluru berpandu kruis Tomahawk milik kapal-kapal destroyer Type 45 milik Tentera Laut British kini dijadikan gym untuk kegunaan krew-krew kapal perang terbabit.

Menurut akhbar-akhbar British baru-baru ini, Tentera Laut British tidak berkemampuan untuk memperolehi peluru berpandu kruis Tomahawk bertujuan membedil sasaran-sasaran di darat disebabkan kekurangan peruntukan.

Ia berkata kekurangan senjata seperti peluru berpandu kruis Tomahawk di kapal-kapal destroyer Type 45 bernilai 6 Billion Pound (RM36 bilion) amat membimbangkan pemerhati bahawa Tentera Laut British itu semakin jauh ketinggalan berbanding Tentera Laut Amerika Syarikat.

Kapal-kapal destroyer Type 45 dilengkapkan dengan sistem pelancar peluru berpandu Mark 41 yang membolehkan mereka melancarkan peluru berpandu kruis Tomahawk, tetapi disebabkan kekurangan peruntukan, ruangan untuk sistem pelancar itu kini diisi oleh treadmill dan alatan gym yang lain.  

Menurut akhbar The Telegraph, ruangan untuk sistem pelancar peluru berpandu kruis Tomahwak itu digunakan sebagai gym kerana Tentera Laut British tidak memiliki senjata itu disebabkan harganya yang terlalu mahal.

British
Ruangan sistem pelancar peluru berpandu kruis pada kapal destroyer Type 45 Tentera Laut British kini dijadikan gym.

 

Bulan lepas, Setiausaha Tentera Laut Amerika Syarikat Carlos Del Toro memberitahu bahawa memandangkan ancaman-ancaman yang dihadapi oleh Amerika Syarikat dan Britain, maka pelaburan terhadap Tentera Laut British adalah amat penting.

Baru-baru ini, Tentera Laut British terpaksa menamatkan khidmat dua buah kapal Type 23 friget miliknya, HMS Argyll dan HMS Westminster kerana tentera laut negara itu kekurangan anggota untuk mengendalikan kedua-dua kapal perang itu.

Tindakan menamatkan khidmat kedua-dua kapal perang itu akan menjadikan bilangan kapal friget Type 23 milik Tentera Laut British kepada hanya sembilan buah daripada 11 buah sebelum ini.

Tentera Laut British bercadang menamatkan kesemua 11 buah kapal friget Type 23 itu pada 2035 dan menggantikannya dengan kapal friget Type 26.

Langkah menamatkan khidmat kedua-dua buah kapal perang itu berlaku ketika Tentera Laut British memerlukan lebih banyak kapal perang untuk beroperasi bagi mempertahankan kepentingan negara itu seperti di Laut Merah.

Akhbar British, The Daily Telegraph melaporkan tentang langkah penamatan khidmat kedua-dua buah kapal friget Type 23 disebabkan kekurangan anggota, walaupun HMS Argyll dan HMS Westminster telah menjalani kerja-kerja menaiktaraf pada 2017 membabitkan kos sebanyak US$70 juta setiap sebuah.

Type 45
Kapal destroyer Type 45 kelas-Daring milik Royal Navy.

 

“Kita terpaksa mengambil anggota daripada satu tempat di dalam tentera laut dan meletakkannya mereka di tempat yang baru,” kata akhbar itu yang memetik seorang pegawai tentera yang enggan mendedahkan namanya.

Setiap sebuah kapal friget Type 23 itu mampu menempatkan diantara 180 krew kapal terdiri daripada pegawai-pegawai dan anggota tentera biasa.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Britain,  diantara Mac 2022 hingga Mac 2023, peratusan pengambilan anggota Royal Navy dan Royal Marines telah mencatatkan sebanyak 22 peratus penurunan.

Penurunan pengambilan anggota yang mahu berkhidmat dengan Tentera Laut British dan Royal Marines adalah lebih mendadak berbanding penurunan sebanyak 16.6 peratus dan 14.6 peratus dialami oleh Tentera Udara dan Tentera Darat British.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Parlimen bagi Pertahanan Britain Tobias Ellwood berkata bahawa ketika Perang Teluk Tentera Laut Britain mempunyai 51 buah kapal friget dan destroyer di dalam armadanya.

Di dalam beberapa tahun, Tentera Laut Britain akan hanya memiliki 16 buah kapal-kapal friget dan destroyer, dimana keadaan yang menimpa Tentera Laut British pada ketika ini adalah yang terburuk dalam sejarah sejak 1945.  — DSA 

To contact email: lulwabyadah@gmail.com  

Comments
Loading...