Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tim TLDM Musnah Bom Perang Dunia Ke-2 Di Pulau Mantanani

“Hasil temubual dan siasatan saksi, Tim Pemusnah Bom TLDM telah mengesahkan objek berkenaan adalah UXO yang tidak aktif jenis Semi Armour Piercing Bomb, 500 Pound AN-M58 buatan Amerika Syarikat yang digunakan semasa zaman Perang Dunia Kedua.”

0 1,261

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tim Pemusnah Bom Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah digerak untuk membantu Polis Diraja Malaysia untuk memusnahkan bom atau Unexploded Ordnance (UXO)di Pulau Mantanani,Kota Belud pada Isnin.

Tim Pemusnah Bom TLDM yang dianggotai oleh Pasukan Selam bersama Juruteknik Depoh Peluru dan Letupan Timur itu diketuai oleh Kdr Mohammad Nasrul Mat Daut.

“Hasil temubual dan siasatan saksi, Tim Pemusnah Bom TLDM telah mengesahkan objek berkenaan adalah UXO yang tidak aktif jenis Semi Armour Piercing Bomb, 500 Pound AN-M58 buatan Amerika Syarikat yang digunakan semasa zaman Perang Dunia Kedua,” menurut kenyataan oleh Bahagian Komunikasi Strategik, Markas Pemerintahan Armada Timur, TLDM.

Bom Perang Dunia Kedua
(kredit TLDM)
Bom Perang Dunia Kedua
500 Pound AN-M58
Bom Perang Dunia Kedua
(Kredit TLDM)

 

TLDM berkata, bom telah dibawa ke daratan dan seterusnya telah dimusnahkan oleh tim pada sebelah petang dengan selamat.

Terdahulu,TLDM telah menerima permohonan bantuan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Belud untuk memeriksa suatu objek lama.

Hasil pemeriksaan yang dilakukan,tim mendapati bahawa objek lama itu adalah bom lama di pesisiran pantai Pulau Mantanani yang berada 43 Batu Nautika Timur Laut Pangkalan TLDM Kota Kinabalu. — DSA

Apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...